Kacaknya Cikgu!

oleh Fazlan Iskandar, Fairuz Fairiz

Harga: RM 14.50 / RM 16.50
ISBN-13: 978-967-401-070-6
Tarikh Terbit: 13 Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 256

Kategori: Remaja

Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Novel ini mengandungi 17 bab.

Sinopsis

Ainul, Nana dan Ida adalah remaja riang yang menuntut di tingkatan empat di SMK Taman Bukit Senyum. Mereka jaguh dalam apa sahaja aktiviti lazim remaja-remaja moden di sekolah. Jaguh bergosip, jaguh berdandan, jaguh mengumpat, jaguh membuat bising, jaguh berangan, dan jaguh menakal dengan kawan-kawan dan guru di sekolah.

Namun, kehadiran seorang guru praktikal, Cikgu Zack di sekolah itu menjadikan segala-galanya berubah. Aura cikgu Zack yang kuat ternyata membuatkan mereka bertiga mula memberikan perhatian terhadap guru muda itu. Cikgu Zack seorang guru yang kacak, bergaya, muda, bijak berkata-kata dan pandai mengambil hati pelajar-pelajarnya. Kebetulan, cikgu Zack telah diminta untuk menjadi guru kelas mereka iaitu kelas 4 Cendawan. Maka, segala-galanya berubah pada kadar dua kelip mata.

Suatu hari, cikgu Zack telah mengumumkan bahawa tempoh perhidmatannya sebagai guru praktikal akan tamat. Beliau mengumumkan bahawa sudah tiba masanya untuk beliau mengundur diri. Para pelajar ternyata berasa sedih dengan perkhabaran itu. Terlalu berat bagi mereka untuk menerima hakikat bahawa mereka akan kehilangan cikgu Zack.

Dua bulan berlalu, sesi persekolahan kembali bermula pada tahun baharu. Kelas 4 Cendawan telah dinaikkan taraf kedudukan kelas kerana memperoleh keputusan peperiksaan akhir tahun yang cukup cemerlang. Namun, semua itu bagaikan sudah tidak bermakna lagi bagi mereka. Orang yang bertanggungjawab menaikkan nama kelas 4 Cendwan sudah tiada lagi di sekolah itu.

Suatu hari, ketika mereka sedang sibuk mengadakan majlis gotong-royong membersih dan menghias kelas, mereka disapa oleh satu suara dari arah pintu masuk kelas. Orang itu rupa-rupanya cikgu Zack yang akan kembali mengajar di sekolah itu sebagai seorang guru tetap!

Info Penulis

Buku lain oleh penulis ini

  • Kacaknya Cikgu!
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-401-070-6
    Tarikh Terbit: 13 Jan 2012
  • Kacaknya Cikgu!
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-401-070-6
    Tarikh Terbit: 13 Jan 2012

Temubual bersama penulis