“SELAMAT DATANG KE KELAB DETEKTIF VAMPIRE. APA YANG BOLEH KAMI BANTU?”
ORGANISASI E.D.E.N mula terancam dengan keberanian Kelab Detektif Vampire yang membongkarkan segala kegiatan mereka. Kemunculan harimau jadian yang mengganggu menimbulkan tanda tanya. Anaqi merupakan sasaran utamanya. Kehadirannya seolah-olah bermain sorok-sorok dengan Anaqi.
E.D.E.N memulakan langkah awal mendesak Kelab Detektif Vampire menemui jalan buntu. Mereka menyerang mangsa-mangsa terdahulu dengan agenda tersembunyi. E.D.E.N semakin bertindak agresif menyebarkan virus sihir kepada mangsa-mangsanya. Satu kad jemputan diberikan kepada Kelab Detektif Vampire untuk bertemu secara bersemuka. Jemputan diterima untuk mendapatkan penawar bagi menyelamatkan guru dan rakan-rakan sekolah mereka. Musuh Anaqi, Hafiy dan Bazli lebih menggerunkan berbanding sebelum ini.
Inspektor Farid bersama Detektif Lee menjadi tulang belakang Kelab Detektif Vampire untuk menumpaskan organisasi gelap berkenaan. Kelab Detektif Vampire membuat perhitungan terakhir dengan E.D.E.N. Kejutan yang bakal mendedahkan siapa yang mengetuai E.D.E.N selama ini.