Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggung jawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya, Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga.
Prihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan teguran di medan peperangan, di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.
Sewajarnya kita mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani. Besarnya impak kata-kata Rasulullah dapat dilihat pada emosi sahabat yang terusik hingga menitiskan air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima hingga melepaskan pedangnya.
Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguranRasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.
Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.
Bab 1: Khutbah Awal Rasulullah 1. Pembukaan Khutbah 2. Khutbah Rasulullah ketika Turun Perintah untuk Memberi Peringatan kepada Kerabat Yang Dekat 3. Peringatan kepada Kaum Kerabat tentang Datangnya Kebinasaan Yang Besar 4. Khutbah Pertama di Makkah Berisi Ajakan kepada Iman 5. Khutbah di Aqabah Berisi Ikatan Perjanjian dengan Orang-orang Ansar Pemimpin dan Pimpinan
Bab 2: Pemimpin dan Pimpinan
1. Menghormati Pemimpin 2. Orang Yang Membaguskan dan Memburukkan Amalnya 3. Patuh kepada Pemimpin 4. Orang Yang Baik dan Orang Yang Buruk 5. Rasulullah Berlepas Diri dari Orang Yang Menolong Orang Zalim 6. Jangan Jauhi Al-Quran Meskipun Penguasa Menjauhinya 7. Penguasa Dilarang Menutup Pintu 8. Setiap Orang Menjadi Pemimpin 9. Keputusan Penguasa Tidak Dapat Menghalalkan Yang Haram 10. Pengharaman Sogok dan Hadiah kepada Pemimpin 11. Pemimpin Yang Ditunggu-tunggu 12. Para Pemimpin Yang Menyesatkan
Bab 3: Kematian dan Kubur 1. Apabila Hidup dan Mati Menjadi Lebih Baik. 2. Mengambil Iktibar dari Kematian 3. Kematian dan Kubur 4. Seksa Kubur 5. Keadaan Orang Mukmin dan Kafir Saat Meninggal 6. Penghuni Kubur 7. Perumpamaan Dunia dan Anak Adam ketika Meninggal 8. Mengambil Pelajaran dari Kematian 9. Mengingat Mati 10. Malaikat Maut
Bab 4: Tanda-tanda Kiamat dan Akhirat 1. Tanda-tanda Kiamat Kecil 2. Di antara Tanda-tanda Kiamat 3. Khutbah Rasulullah Terpanjang tentang Dajjal 4. Dajjal Adalah Sesuatu Yang Pasti 5. Dajjal, Isa, Yakjuj dan Makjuj 6. Dajjal dan Cubaannya 7. Dajjal Tidak Dapat Memasuki Empat Tempat 8. Syahid Paling Besar ialah Yang Mati Dibunuh Dajjal 9. Mengenai Nabi Isa 10. Mengenai al-Mahdi dan Sifatnya 11. Sifat Yakjuj dan Makjuj 12. Pelbagai Kejadian Menakutkan ketika Kiamat Syurga
Bab 5: Syurga
1. Jalan Kalian Lupakan Syurga dan Neraka 2. Tidak Ada Tambahan terhadap Para Penghuni Syurga dan Neraka 3. Siapakah Penghuni Syurga dan Siapakah Penghuni Neraka? 4. Neraka Yang Begitu Dalam dan Syurga Yang Begitu Luas 5. Sifat Syurga Orang Terakhir Yang Masuk Syurga 6. Gambaran Masuk Syurga Yang Dilakukan Para Penghuninya 7. Golongan Yang Pertama Kali Masuk Syurga 8. Orang Yang Beriman Berada di Syurga Tidak Ada Kematian dan Tidak Ada Penyakit di Syurga 9. Tip Mendapat Jaminan Syurga10. Amalan Menjamin Syurga Neraka 1. Satu Golongan di Syurga dan Satu Golongan di Neraka2. Sifat Neraka Jahanam Mencari Penghuninya 3. Macam-macam Seksa di Neraka Jahanam Penghuni Neraka Memohon Pertolongan 4. Empat Perkara Yang Menambah Seksa Penghuni Neraka 5. Dua golongan Penghuni Neraka
Bab 6: Akhirat Pentingkanlah AkhiratManusia Dikumpulkan dalam Keadaan Telanjang Apa Yang Dikatakan Allah pada Hari Kiamat? Apa Yang Ditanyakan kepada Hamba pada Hari Kiamat dan Kesaksian Umat Islam? Allah Memilih di antara Hamba-hamba-Nya pada Hari Kiamat Keagungan Syafaat Rasulullah Syafaat Rasulullah tentang Penyegeraan Hisab bagi Umatnya Orang Yang Mengubah Agama Allah Muhasabah dan Membekali Diri untukJadikanlah Hasrat Kalian ke Akhirat
Bab 7: Khutbah mengenai al-Quran 1. Sifat Al-Quran 2. Al-Quran Lebih Baik dari Segala Sesuatu 3. Kelebihan Al-Quran dan Pengamalan Kandungannya 4. Al-Quran Adalah Perjamuan Allah 5. Perintah Mengamalkan Al-Quran 6. Jejak Al-Quran pada Diri Orang Yang Menaatinya dan pada Diri Orang 7. Al-Quran Bukan Makhluk 8. Kelebihan Ayat Kursi 9. Kelebihan Surat At-Taubah 10. Ketika Rasulullah Membaca Surat Shad 11. Ketika Rasulullah Membaca Surat Az-Zumar 12. Ketika Rasulullah Membaca Surat Qaf 13. Ketika Rasulullah Membaca Surat Tabaraka 14. Rasulullah Membaca Surat Al-Kafirun dan Al-Ikhlas dalam Khutbahnya 15. Khutbah Rasulullah tentang Al-Quran dan Wanita 16. Rasulullah Menolak Penulisan Kitab-kitab Ahli Kitab 17. Larangan Membaca Kitabnya Ahli Kitab 18. Berapa Kali Harus Khatam Al-Quran? 19. Hafaz Al-Quran dan Jangan Melupakannya 20. Perintah untuk Berpegang kepada Al-Quran 21. Perintah Berpegang Teguh kepada Al-Quran
Bab 9: Wasiat dan Pesanan Rasulullah kepada Sahabat 1. Nasihat Yang Agung 2. Wasiat Rasulullah bagi Mu’adz 3. Wasiat Rasulullah kepada Abud-Darda’ 4. Wasiat Rasulullah kepada Seseorang 5. Wasiat Rasulullah kepada Abdullah bin Mas’ud 6. Wasiat Rasulullah kepada Ummu Anas 7. Wasiat Rasulullah kepada Mu’adz 8. Wasiat Nuh kepada Anaknya 9. Nasihat Rasulullah kepada Abu Dzarr 10. Wasiat Abu Bakar kepada Umar 11. Wasiat Qais bin Ashim kepada Anak-anaknya 12. Nasihat Khidhir kepada Musa 13. Nasihat bagi Para Pedagang 14. Wasiat bagi Khalifah Sesudah Rasulullah 15. Jihad Wajib Bersama Setiap Amir 16. Wasiat Rasulullah bagi Abu Dzarr 17. Nasihat Yang Menyeluruh 18. Wasiat Rasulullah kepada Para Utusan Bani Uzd
Bab 10: Khutbah Akhir Rasulullah 1. Khutbah ketika Rasulullah Sakit Tenat 2. Khutbah Ucapan Selamat Tinggal kepada Umat 3. Khutbah Rasulullah Yang Terakhir