Mari Belajar Crochet

oleh Lina A.R

Harga: RM 13.00 / RM 15.00
ISBN-13: 978-967-0142-69-2
Tarikh Terbit: 28 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 72

Kategori: Hobi & Kraf

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

-

Sinopsis

Lina Aisah Binti Rahmat ataupun lebih dikenali sebagai Lina AR aktif menghasilkan kraf crochet dan kini beliau menghasilkan kraf crochet secara sepenuh masa. Malah hasil kraf tangannya sudah memasuki pasaran tempatan dan antarabangsa.

Beliau yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang IT daripada UiTM. Mula berjinak dalam dunia crochet ataupun lebih dikenali dengan jahitan 1 jarum dengan menjahit topi crochet untuk anak sulung beliau, Dhiacoco. Bermula dari belajar kraf ini melalui buku kraf dan internet, kini anak kelahiran Kuala Lumpur ini berjaya menghasilkan patern kain crochet sendiri dan memasarkan hasil kreativitinya secara online di http://pinkyfrogshop.blogspot.com

Terbukti, minat yang mendalam terhadap jahitan crochet, memberi peluang kepada ibu kepada dua orang cahaya mata ini melebarkan hobi bermanfaatnya sebagai sumber pendapatan keluarga.

Miliki buku Jahitan Crochet (siri 1) ini bagi mencuba hobi baru yang menguntungkan. Semoga siri buku ini yang akan datang, lebih memberi inspirasi buat pembaca di luar sana menyedari DIY boleh menjana kewangan. Selamat bercrochet!

 

Info Penulis

Lina A.R

Ativiti terkini Lina A.R @ pinkyfrogshop.

1. G+ hangout crochet class with Lina A.R @ pinkyfrogshop.

Mulai bulan ini saya akan membuat kelas secara maya iaitu mengguna G+ hangout crochet class iaitu  - kelas secara maya video-audio. Berita>>  http://pinkyfrogshop.blogspot.com/2012/01/pinkyfrogshop-ed-hangout-class.html
Memandangkan saya merupakan homemaker dan menjaga anak-anak saya, ini merupakan alternatif saya bagi menjalan kan kelas dari rumah. Di samping itu, saya boleh terus mengajar walaupun bukan secara berhadapan, insyaallah dapat berkomunikasi secara maya dengan pelajar yang berminat.

2. Kedai online menjual bahan jahitan crochet dan pelbagai kraf kreatif.

Saya telah membuka laman web baru menjual barang-barang crochet dan jahitan.
Online Shop http://pinkyfrogshop.com/
Pinkyfrogshop adalah sebuah kedai online yang didaftar & diuruskan oleh Solpro Servises (jm0611641-w). Kedai online saya ini menyediakan cara yang paling mudah untuk membeli aksesori Clover, cangkuk merenda, benang mengait, buku kraf / alatan kraf melalui pesanan dalam talian. Ini termasuk jarum kait Tulip, Takumi Buluh, Jarum Afghan, jenama jarum kait Clover Soft Touch, jarum Clover Double dan jarum Jumbo. Produk-produk ini terkenal dan dibuat dari bahan-bahan yang berkualiti.

Buku lain oleh penulis ini

  • Mari Belajar Crochet
    RM 13.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-0142-69-2
    Tarikh Terbit: 28 Jun 2011

Temubual bersama penulis