Setiap manusia pasti akan berasa kehilangan. Apalah erti kehilangan ini jika pada saat itu kita banyak pula menemukan.
Pada waktu yang terus berjalan, yang tetap menuntut kita melepaskan persoalan yang terpaku pada detik yang lalu. Kita tidak akan pernah berpeluang kembali ke masa silam hanya untuk menuntut sebuah jawaban.
Hakikatnya, tidak semua beruntung memahami sebab dan akibat atas setiap takdir yang menimpa mereka. Tuhan menjawab persoalan hidup dengan cara-Nya yang tersendiri, dengan cara yang jauh dari bayangan logik dan akal fikiran manusia.
Ketika kita mula memberontak mempertanyakan arah kehidupan, yakinlah bahawa takdir tidak pernah tersilap langkah. Bahkan, sehelai daun yang gugur tidak pernah terlalu awal mahupun terlewat sesaat. Sedemikian jugalah aturan hidup kita.
Buku ini mengajak kita mempercayai takdir-Nya. Akankah kita mampu bersabar menanti jawaban dari-Nya? Tetaplah melangkah walau patah, kerana tidak ada yang sia-sia dalam hitungan Allah.
Peta Buku
Pengantar Penerbit
Pengantar Editor
Pengenalan kitab
Biodata penulis
Mukadimah Penulis
Bahagian 1: Sabar adalah Kunci Menuju Syurga: Menggali Hikmah di Balik Musibah
Peta ringkas
Bab 1: Bersabarlah, segunung pahala menantimu!
Bab 2: Musibah ada kerana Allah sayangkan kita
Bab 3: Tiga syarat sabar
Bab 4: Ujian adalah lumrah kehidupan
Bahagian 2: Anak Syurgawi: Pemergianmu yang Membawa Ketenangan
Peta ringkas
Bab 5: Kematian anak menghalang azab, mengundang nikmat
Bab 6: Janin yang gugur menarik ibu bapanya ke syurga
Bab 7: Usah bimbang, anak syurga bersama Nabi Ibrahim
Bab 8: Mengimpikan anak meninggal dunia dahulu
Bahagian 3: Dari Duka Menuju Damai: Langkah-Langkah Menuju Penyembuhan
Peta ringkas
Bab 9: Kisah menarik dan ajaib berkat kesabaran
Bab 10: Kematian anak pembakar semangat untuk beramal
Bab 11: Strategi bagi mempertingkat prestasi sabar
Bab 12: Memberi motivasi kepada keluarga si mati dan diri sendiri
Bab 13: Melihat musibah dari sudut yang positif
Bahagian 4: Menangis dalam Bingkai Iman: Adab Berduka dalam Islam
Peta ringkas
Bab 14: Jagalah adabmu ketika meratapi kematian
Bab 15: Tangisan generasi salaf dalam syair mereka
Bab 16: Peringatan buat diri yang alpa
Bahagian 5: Dalam Genggaman Kasih Ilahi: Merelakan Kepergian yang Memilukan
Peta ringkas
Bab 17: Doa-doa bagi mereka yang ditimpa musibah