Men Are From Mars, Women Are From Venus (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Dr John Gray

Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-369-078-7
Tarikh Terbit: 31 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 369

Kategori:

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Penghargaan Pendahuluan Bab 1__Lelaki berasal dari planet Mars, Wanita dari planet Venus Bab 2__Mr. Fix-It dan Jawatankuasa Home-Improvement Bab 3__Lelaki pergi ke gua mereka, manakala wanita sibuk bercerita Bab 4__Bagaimana Memotivasikan Pasangan Kita Bab 5__Bertutur Bahasa yang Berlainan Bab 6__Lelaki Umpama Gelung Getah Bab 7__Wanita Adalah Ibarat Ombak Bab 8__Memahami Perbezaan Keperluan Emosi Lelaki dan Wanita Bab 9__Bagaimana Mengelakkan Pertengkaran Bab 10__Mengambil Hati Pasangan Kita Bab 11__Bagaimana Mengkomunikasikan Perasaan Negatif Bab 12__Bagaimana Mahu Meminta dan Mendapatkan Sokongan Bab 13__Mengekalkan Keajaiban Cinta Dalam Hubungan Kita

Sinopsis

Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan. Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

Info Penulis

Dr. Gray merupakan penulis bagi 16 buah buku, antara karya bestseller beliau adalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus yang dinobatkan oleh USA Today sebagai “the number one best-selling book of the last decade - it is the number one relationship book of all time.” USA Today juga mengiktiraf buku Men Are from Mars, Women Are from Venus sebagai antara 10 buku paling berpengaruh selama 25 tahun. Selama 15 tahun, lebih daripada 40 juta maskhah buku ini terjual dan telah dialih bahasa kepada lebih daripada 45 bahasa. Dr. John Gray adalah Ahli Terapi Keluarga yang bertauliah lebih daripada 15 tahun dan telah menganjurkan seminar pembangunan diri lebih daripada 30 tahun. Beliau juga merupakan Editor Konsultant bagi Family JOurnal adn telah menerima Doctrate dalam Psychology and Human Sexuality from Columbia Pacific University pada tahun 1982.

Buku lain oleh penulis ini

  • Men Are From Mars, Women Are From Venus (Edisi Bahasa Melayu)
    RM 35.00 / RM 38.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-078-7
    Tarikh Terbit: 31 Jan 2011

Temubual bersama penulis