John Gray adalah kaunselor perhubungan di Amerika Syarikat. Beliau pernah bekerjasama dengan Maharishi Mahesh Yogi selama sembilan tahun sebelum memulakan karier sebagai penulis dan kaunselor perhubungan.
Kaunseling yang dijalankan adalah dengan membantu lelaki dan wanita untuk lebih memahami antara satu sama lain. Banyak buku, video, seminar, dan bengkel Gray telah membantu berjuta orang dalam memperbaiki kehidupan, hubungan, dan menguruskan tekanan.
Pada tahun 1992, beliau menerbitkan buku pertamanya, Men are From Mars, Women Are From Venus. Jualan buku tersebut mencecah 7 juta salinan di seluruh dunia menurut Harper Collins. Buku tersebut juga diangkat sebagai bestseller terbaik dan menjadi tema utama dalam buku-buku perhubungan beliau yang seterusnya.
Pada tahun 1997 menyaksikan Gray meluaskan visinya apabila dia mula menjalankan pusat Kaunseling Mars & Venus, iaitu dia mengajar dan melatih ahli terapi dengan menggunakan teknik Mars & Venus. Beliau juga pernah muncul dalam rancangan Oprah Winfrey, Larry King, The Today Show, dan muncul dalam penerbitan terkenal dunia seperti Time, People, dan Forbes. Antara karya lain beliau yang diterbitkan PTS juga adalah Mars and Venus Together Foreveryang dikeluarkan pada tahun 2017.