Oh Sudan! Ayah Saya Hero

oleh Imran Yusuf

Harga: RM 14.50 / RM 16.50
ISBN-13: 978-967-369-095-4
Tarikh Terbit: 10 Jul 2011
Jumlah Muka Surat :

Kategori:

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Bab 1: Persediaan sebelum Kembara ke Sudan ------------------------------ 1

Bab 2: Permulaan Penuh Peristiwa ------------------------------------------------ 13

Bab 3: Seronokya Terbang ------------------------------------------------------------ 33

Bab 4 Marhaba Lounge dan Ribut Pasir di Khartoum ----------------------- 51

Bab 5: Doha dan Akhirnya Tiba di Khartoum ----------------------------------- 69

Bab 6: Zaid Menyesuaikan Diri si Sudan ---------------------------------------- 81

Bab 7: Remaja Darfur Bernama Mahdi ------------------------------------------- 99

Bab 8: Rakan-Rakan yang Sedia Membantu ---------------------------------- 117

Bab 9: Zaid di Al-Ansar ---------------------------------------------------------------- 129

Bab 10: "Di Manakah Ayah Zaid?" ------------------------------------------------ 141

Bab 11: Ayah Zaid di Shamal Kurdufan (Utara) ------------------------------ 161

Bab 12: Selamat Tinggal Sudan --------------------------------------------------- 173

           Jalan-Jalan di Sudan -------------------------------------------------------- 181

Sinopsis

Mengisahkan Zaid seorang remaja lelaki berumur 15 tahun berpeluang mengikut ayahnya, Encik Mustafa, yang bertugas dengan sebuah agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa, untuk pergi ke Sudan. Semasa di Sudan dia berkenalan dengan seorang remaja Sudan, Mahdi, yang ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Omdurman, Khartoum, Sudan. Beliau mendengar kisah kesengsaraan penduduk Darfur yang menghadapi perang saudara. Ayah Zaid, Encik Mustafa, keluar untuk satu trip ke Darfur, tetapi tidak pulang-pulang walau pun setelah tempuh beliau berada di Darfur sepatutnya sudah tamat. Sebelum dibawa pulang oleh pihak kedutaan Malaysia, Zaid menemui buku catatan ayahnya yang menceritakan beberapa catatan perjalanan beliau di Sudan. Apakah yang telah berlaku kepada ayah Zaid? Adakah Zaid akan menemui rahsia mengapa ayahnya hilang dalam catatan itu? Atau Zaid tidak akan bertemu semula dengan ayahnya buat selama-lamanya? 


Info Penulis

Dari catatan rekod nan berautoriti, Imran Yusuf dilahirkan di sebuah kampung kecil di tepi Sungai Kelantan. Di negeri itu jugalah beliau berkubang di sawah sambil belajar menangkap ikan puyu dan haruan. Pernah juga mandi di parit dan tali air, malah pada suatu hari hampir sahaja mati lemas dalam sebuah parit, sekiranya tidak diselamatkan oleh seorang rakan.

Walau pun pernah menyantuni ilmu secara formal di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Sekolah Menengah Kamil dan Maktab Tentera Di Raja, namun pengalaman serta pancaroba hidup lebih meninggalkan bekas dalam diri beliau.

Beliau tidak menyangka dapat berkelana ke United Kingdom dari 1977-1982, sambil berkenalan dengan rakan pelajar di Newark Technical College, Nottingkamshire dan Hatfield Polytechnic (Kini Hertfordshire University) sehingga pulang menggenggam sekeping ijazah sarjana muda Matematik.

Dalam bidang penulisan, penterjemahan dan kemahiran hidup bisnes, beliau ialah salah seorang daripada ratusan mentee Puan Ainon Mohd., Chairman PTS.

Pengalaman kerja dalam bidang maritim dan teknologi maklumat di tanah air serta hasil pemerhatian budaya dan sosial masyarakat di pentas dunia seperti di Sudan, Turki, Australia, United Kingdom, Belanda, Thailand, Indonesia dan Denmark, telah beliau jadikan rempah ratus resipi yang berperisa dalam karya. Beliau berpendapat minat terhadap perkembangan politik global serta hobi menyantuni kucing, orkid serta pelbagai flora dan fauna ciptaan Allah memberi makna tambahan dalam hidup.

Buku beliau terbitan PTS pada tahun 2011 ialah Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga, Oh Sudan Ayahku Hero, Laksamana Cheng Ho: Armada Lautan Barat dan Buat Duit Dengan Katering(karya bersama rakan penulis, Hizamnuddin Awang).

Karya lain beliau ialah MEJA RUNDING: Dari Konflik ke Solusi Strategik (2010), Meredah Samudera (2008), iaitu novel yang mengisahkan kerjaya pelaut di kapal dagang.

Selain itu, karya beliau ialah Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami (2007).

Buku yang beliau tulis bersama Zamri Mohamad ialah:
Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah (2009) dan Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (2010).

Buku karangan beliau bersama isteri ialah Buat Duit Dengan Jaga Budak (2010).

Buku karangan Brian Tracy yang beliau terjemah pula ialah:
The Psychology of Selling (2008) dan The Art of Closing The Sale (2009).

Beliau juga menterjemah cerpen dan novel detektif Sherlock Holmes, antaranya:
Sherlock Holmes 2: Detektif yang Penuh Kejutan (2008),
Sherlock Holmes 3: Wira Kota London (2009) dan
Sherlock Holmes 4: A Study in Scarlet (2009), SH5: Sumpahan Empat Sahabat (2010).

Buku lain oleh penulis ini

  • Sherlock Holmes 2 - Detektif yang Penuh Kejutan
    RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3654-34-5
    ISBN-10: 983-3654-34-7
    Tarikh Terbit: 15 Jun 2008
  • Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    RM 19.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-30-2
    ISBN-10: 983-3604-30-7
    Tarikh Terbit: 16 Feb 2009
  • Sherlock Holmes - Wira Kota London
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3654-89-5
    ISBN-10: 983-3654-89-4
    Tarikh Terbit: 08 Jul 2009
  • Sherlock Holmes - A Study in Scarlet
    RM 14.00 / RM RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-12-6
    Tarikh Terbit: 01 Oct 2009
  • Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah
    RM 18.50 / RM RM20.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5564-00-0
    Tarikh Terbit: 17 Mar 2010
  • Buat Duit dengan Jaga Budak
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-83-0
    Tarikh Terbit: 22 Mar 2010
  • Meja Runding - Dari Konflik ke Solusi Strategik
    RM 20.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-96-0
    Tarikh Terbit: 02 Apr 2010
  • Sherlock Holmes: Sumpahan Empat Sahabat
    RM 13.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-85-0
    Tarikh Terbit: 08 Nov 2010
  • Buat Duit dengan Katering
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-084-8
    Tarikh Terbit: 21 Feb 2011
  • Laksamana Cheng Ho
    RM 24 / RM 27 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3892-76-1
    Tarikh Terbit: 21 Feb 2011

Temubual bersama penulis