Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga (EDISI POPULAR)
oleh Zamri Mohamad, Imran Yusuf


Versi Cetak

RM 39.9

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 39.9
Format:
Saiz: 6" x 9"

Jumlah Muka Surat: 712

ISBN-13: 978-967-411-022-2

Tarikh Terbit: 11 Nov 2011

PTS Publishing House


Versi eBook

Hanya boleh didapati di rangkaian kedai buku Popular di seluruh negara.

 

Cinta itu cerita

Ke mana cinta Adam dibawa pergi? Bagaimana pula rindu Hawa disulamkandalam hati? Semurni mutiara kasih Khadijah, seindah loretan pelangi kasih Muhammad. Dalam bicara Aisyah, diselitkan melodi rindu,untuk kekasih langit dan bumi.

 

Cinta itu aku

Mereka mencorak kisah cinta yang diredai di dunia, dan diraikan di langit syurga. Wajah cinta mereka, menjadi wajah suci cinta kita. 

Penuh harapan, percayalah…, ia dapat ditunaikan.

 

Cinta itu dia

Dalam matamu,terbening ketabahan cekal Khadijah, tersadurkelembutan kudus Hawa, dan terukirkesetiaan teguh Aisyah. Teradun mesra resipi bahagia, dikutip dari sejarah lampau, dan dicipta untuk kehidupanmu pada hari ini. 

Lalu terselak satu persatu, tip pesona cinta abadi. Melentur hatinya, biar sayang terus bermekaran, dalam utuhnya setia. Biar berkat bercambah,demi perjalanan kita bersama.

Untuk sang pencari, dia mahu memiliki. Untuk dia yang memiliki, mahu kekal dalam pasti. 

  

Cinta, Meraikan Kasih di Langit Syurga

Ternyata, memberi langkah hidup yang penuh erti, nikmat cinta yang dihargai.Cinta itu bahasa syurga, untuk dua dunia.

-

Buku Berkaitan

Berita

Penulis PTS Turun Padang: Temui Peminat di Perak dan Kedah

PTS bersama penulisnya turun padang bagi memeriahkan hujung minggu tuan dan puan seisi keluarga. Peminat... Selanjutnya»

Wanita Solehah Idaman Lelaki: Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah

Menjadi isteri dambaan seorang suami memang menjadi idaman setiap wanita yang bergelar isteri. Hari-hari akan... Selanjutnya»


Errata