Puteri Di Alam Fantasi

oleh Umi Kalthum

Harga: RM 15 / RM 17
ISBN-13: 978-967-5406-61-4
Tarikh Terbit: 5 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 208

Kategori: Remaja, Fantasi, Remaja Umum

Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Buku ini mempunyai sifat teladan tanpa membezakan status dan latar belakang seseorang. Setiap orang perlu mempunyai tanggungjawab dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Di alam fantasi telah mengetemukan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi dilayan sama. Serta sifat menyayangi binatang dan tumbuh-tumbuhan merupakan slot pengajaran kepada dua gadis ini. Setiap kelakuan yang tidak elok, pasti akan mendapat balasan.

Sinopsis

Juita dan Mayang Sari dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza. Juita seorang gadis kampung manakala Mayang Sari seorang puteri raja. Namun mereka mempunyai persamaan iaitu sikap keras kepala, tidak mendengar nasihat dan pemalas. Mereka secara berasingan ke alam fantasi ketika mengejar seekor arnah putih, Sang Kapas. Di alam fantasi itu, mereka telah berjanji dengan seekor rusa, Sang Rintik dan terpaksa menjalani kehidupan berbeza bagi mengelakkan daripada menerima hukuman. Masalah timbul apabila Juita dan Mayang Sari enggan bekerjasama bagi menyempurnakan janji itu.

Info Penulis

Profesor Madya Dr. Umi Kalthum Ngah dilahirkan di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Beliau bertugas sebagai ahli akademik di Universiti Sains Malaysia sejak tahun 1981. Kini beliau menyemai bakti di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Di samping tugas harian sebagai ahli akademik, beliau juga meluangkan masa menghasilkan buku dan bahan penulisan di akhbar harian, khususnya ruangan Jendela Hikmah dan Bicara Hati, Berita Harian. Malah menghasilkan bahan penulisan adalah cara beliau menangani tekanan dan kebuntuan, yang mana usaha ini dimulai ketika menyudahkan tesis doktor falsafah beliau dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia yang baru diterimanya.

Beliau tidak mendapat pendedahan formal dalam bidang penulisan tetapi berkat tunjuk ajar dan menghadiri kuliah berkala anjuran PTS dan bimbingan Puan Ainon Mohd, beliau berjaya menghasilkan beberapa buku yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa, buat tatapan remaja dan kanak-kanak.

 

Semoga bahan-bahan penulisan beliau dapat mengisi ketandusan bahan bacaan bermutu untuk masyarakat, khususnya generasi muda dalam membina jati diri Muslim di negara yang tercinta ini.

 http://www.blogger.com/profile/03523713556114432675

Buku lain oleh penulis ini

  • Sentuhan Muttaqeen
    RM 12.50 / RM 15.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3653-30-0
    ISBN-10: 983-3653-30-8
    Tarikh Terbit: 25 Sep 2006
  • Seungu Lavender
    RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3654-03-1
    ISBN-10: 983-3654-03-7
    Tarikh Terbit: 05 Nov 2007
  • Puteri Salsabila
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: ISBN 978-983-192-285-9
    ISBN-10: ISBN 983-192-285-9
    Tarikh Terbit: 28 Mar 2008
  • Puteri Di Alam Fantasi
    RM 15 / RM 17 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-61-4
    Tarikh Terbit: 05 Jul 2010

Temubual bersama penulis