Harga: RM 16 / RM 18
ISBN-13: 978-967-5406-65-2
Tarikh Terbit: 7 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 352
Kategori: Remaja, Remaja Umum
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Komik dan cerpen
Ceriakan aidilfitri anda dengan kompilasi cerpen terbaik daripada para penulis PTS ONE kesayangan anda, himpunan cerpen menarik daripada para peminat PTS ONE dan koleksi komik yang menghiburkan. Penuh warna-warni dalam Remaja@ptsone 2010 khas untuk remaja!

Menulis siri:
1. Trilogi Diraja - Sayalah Puteri Raja, Sayalah Putera Mahkota dan Kamilah Kembar Diraja.
2. Siri My - My Angel, My Hero, My Secret dan My Memory. Penutup Siri My adalah novel Syok - Adilah Cik Serba Tahu.
3. Siri Kisah Si Puteri bersama empat penulis lain.
4. Juga untuk majalah Untuk Si Gadis.
Maklumat lanjut berkenaan penulis boleh diperolehi daripada Facebook Aizam Aiman (Leeya Myra).


Kusyi Hirdan, anak kelahiran bandar di raja Kuala kangsar, Perak. Dibesarkan di Bukit Candan. Bakat semulajadi beliau dalam bidang penulisan diasah sejak usianya seawal 12 tahun. Dia mula menghantar berita ke radio dan akhirnya cerpen-cerpen ke majalah tempatan. Aktivit menulis di alam sekolah begitu dekat dengan hatinya. Kini, berkerjaya sebagai wartawan, Kusyi tidak hanya menulis genre kanak-kanak tetapi remaja dan juga dewasa. Novel peertamanya terhasil pada tahun 2006 dan selepas itu, 18 buah novel lagi menyusul termasuk novel bersiri. Sepanjang kerjaya di dunia kawartawanan dan penulisan, Kusyi dianugerahi: 1) Hadiah kewartawanan Malaysia- Penulis Majalah terbaik ( Bahasa melayu) pada tahun 2002. 2) Singapore Tourism Award- Penulis artikel Terbaik ( Bahasa Melayu) pada tahun 2005. 3) Hadiah saguhati dalam Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran pihak IKIM.
Jas adalah pelukis komik sepenuh masa. Meon adalah komik solo pertama beliau.
Pelukis ini pernah menerbitkan banyak karya di majalah tempatan. Suka pergi gym ketika masa lapang.
Pelukis komik ini berasal dari Skudai Johor. Komik pertamanya diterbitkan ketika beliau baru selesai menjalani peperiksaan, PMR.
Penulis ini dilahirkan pada tahun 1984 dan berasal dari Skudai, Johor. Kini beliau menetap di Kajang, Selangor. Beliau dahulunya seorang tutor di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, dan kini mula menceburi bidang penulisan novel dan skrip animasi sepenuh masa, di samping masih menulis komik. Harapan beliau adalah bagi melihat perubahan dalam pandangan masyarakat kepada komik, yang pada ketika ini kerap dikaitkan dengan mesej negatif. Beliau juga adalah pengasas dan peneraju persatuan REVgang.
Penulis ini boleh dihubungi melalui:
E-mel: nazrysalam@hotmail.com
Facebook: Nazry Salam Feeqry
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Apakah kegemaran Tuan Bahruddin?
Saya sangat sukakan motosikal dan modifikasi berkaitan dengan motosikal.
Idola Tuan Bahruddin dalam bidang penulisan?
Faizal Tehrani dan Shahnon Ahmad. Penulis luar negara pula Andra Hirata.
Falsafah penulisan?
Jujur untuk berbeza
Siapa Bahruddin Bekri sebenarnya?
Saya seorang yang pendiam tetapi suka memerhati. Melihat sekeliling.
Bagaimana mendapat ilham dalam penulisan
Saya melihat gelagat manusia dan memerhatikan alam. Suka bertanya bagi mendapatkan maklumat.
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet