Buku

Miss Fanatik Sains

oleh Ilya Alias

RM 12.00 / RM 14.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-967-369-910-0

Kod Bar: 9789673699100

Muka Surat: 128

Saiz (inci): 5 x 7.5

Saiz (cm): 19 x 13

Tarikh Terbit: 20 Jan 2025

Kategori:

BISAC: YOUNG ADULT FICTION / Science Fiction

Imprint: Bookiut

Wafa sangat obses dengan subjek sains. Semasa dia sedang mendapatkan spesimen yang akan digunakan dalam kajian bagi persediaan menyertai sayembara sains, dia ternampak lohong hitam yang tiba-tiba muncul. Belum sempat berbuat apa-apa, dia terus disedut masuk ke dalam lohong hitam tersebut. Maka dengan itu, bermulalah pengembaraan ke dimensi baru olehnya.

Wafa muncul di dunia akan datang, di tengah-tengah bandar Siber-Alfa. Mengejutkan apabila rakyat yang hidup pada zaman tersebut berhempas pulas untuk membayar harga bagi nyawa mereka. Mereka perlu membeli tangki oksigen kerana kemelut kekurangan oksigen akibat tiada langsung tumbuhan di bandar tersebut, malahan seluruh muka bumi.

Adakah perjuangan Wafa bersama teman-teman baharunya untuk melestarikan alam dengan tumbuhan hijau berjaya? Adakah dia dapat kembali ke zaman yang sebenar?

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025