Buku

Sebarkan Cinta-Mu

oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin

RM 31.00 / RM 34.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-408-012-9

Muka Surat: 880

Saiz:

Tarikh Terbit: 29 Sep 2011

Kategori:

Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

 

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya’, seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya’, didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

 

Ibu Dhiya’ berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya’ dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

TIADA

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024