Penulis

Fatima_Syarha_2

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Fatimah Syarha Binti Hj. Mohd Noordin dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Turut memiliki Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Kini, dalam proses menyambung Ph.D.

Beliau pernah dinobatkan sebagai novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006.Selain itu beliau aktif dalam ceramah-ceramah motivasi dan agama untuk semua peringkat umur seperti golongan remaja di sekolah-sekolah, golongan berkerjaya. Aktif menulis sebagai kolumnis dalam majalah Solusi dan majalah Haluan serta minat berpuisi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024