Penulis

406185_2665522410583_1631723840_2395439_1647867504_n

Amin Idris

Amin Idris berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kemudian melanjutkan pelajaran pada peringkat master dalam Master of Education (M.E.D) UIAM, pengkhususan dalam bidang kaunseling.Beliau juga merupakan Perunding Latihan dan Motivasi di RK Training & Management. Selain itu beliau adalah Penolong Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN), Ahli Profesional (Malaysia Speaking Professional @ MSP) dan Malaysian Association Professional Speakers. Beliau juga sering muncul menyampaikan motivasi di corong radio melalui Radio 24 (Frekuensi 93.9) dan juga melalui stesen radio Traxxx.fm (Frekuensi 90.3). Menjadi tetamu jemputan dalam slot motivasi Selamat Pagi Malaysia di TV1 dan berpengalaman sebagai pengacara dan penyampai media elektronik. Pernah mengacarakan rancangan TV pendidikan di TV9, rancangan khas sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan dan menjadi pengacara Sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan, Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dan rancangan bual bicara agama di TV1. Beliau juga merupakan tenaga akademik di IPTA tempatan.Buku-buku yang dihasilkan beliau sebelum ini adalah: - Panduan dan Asas untuk Mengendalikan Mesyuarat - Panduan dan Asas untuk Pemimpin Berwibawa - Resipi Kejayaan untuk Presiden Persatuan - Resipi Kejayaan untuk Ketua Biro - Resipi Kejayaan untuk Kapten Pasukan

- Resipi Kejayaan untuk Pustakawan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024