Magnet Diri: Cipta Diri Lebih Berpengaruh dan Berjaya adalah nukilan khusus Amin Idris untuk semua lapisan masyarakat. Daripada seorang ahli politik, pegawai kerajaan, pendakwah, usahawan, eksekutif, staf, petugas organisasi, pensyarah, guru, mahupun seorang individu biasa, buku ini begitu relevan dalam meningkatkan kualiti diri khususnya dalam hidup bermasyarakat.
Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
Analogi yang menerangkan anjakan paradigma, perkara asas, prinsip, dan falsafah.
Energi yang menjelaskan persoalan penerimaan diri dan bagaimana mengoptimumkan prestasi serta potensi diri.
Sinergi, iaitu bagaimana teknik menjadikan diri kita lebih menarik sekali gus membuatkan orang lain rasa tertarik apabila bersua dengan kita.
Setiap tajuk disertakan dengan:
Cadangan tindakan susulan sama ada dalam bentuk tip, kesimpulan, senarai tindakan, dan ringkasan.
Terdapat juga beberapa aktiviti interaktif melalui borang-borang aktiviti.
Teori-teori dalam bentuk realistik.
Tip berpengaruh daripada individu berpengaruh.
Apa yang dikongsikan dalam buku ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Malah falsafah, petua, dan tip yang terkandung dalam buku ini adalah sesuatu yang fitrah dan diketahui umum, tetapi ia semakin dilupakan. Hal ini disebabkan oleh peredaran zaman dan perkembangan teknologi maklumat yang pantas menyebabkan kita kadangkala terlupa perkara-perkara yang fitrah. Buku ini mempersembahkan fitrah itu dengan pendekatan baru, segar, dan disusun semula secara sistematik bagi memudahkan pembaca mengikuti seterusnya mempraktikkan ilmu dalam buku ini.
BAHAGIAN 1 : ANALOGI
Bab 1: Jawatan Lawan Pengaruh: Mitos dan Cabaran
Mitos Pertama: Tiada Jawatan, Tiada Pengaruh Mitos Kedua: Kuasa adalah Kebebasan! Mitos Ketiga: Potensi Tidak Dapat Digilap Sekiranya Tidak Berada di Puncak Kuasa Cabaran Pertama: Cengkaman Ego Cabaran Kedua: Satu Kepala Topi Pelbagai Cabaran Ketiga: Mempengaruhi Orang yang Lebih Berpengaruh
Bab 2: Prinsip Magnet Diri
Teori Magnet Apa Itu Magnet Diri? Res Ipsa Liquitor Semua Orang Memiliki Potensi Kuasa Pengaruh Potensi Sahaja Tidak Cukup apabila Mahu Berjaya Uji Tahap Pengaruh KitaBAHAGIAN 2 : ENERGI
Bab 3: Pilih Benih Energi
Berfikir Seperti Juara Awas, Empat Peraturan Persepsi! Konsep Diri Membentuk Estim Diri Menjadi Individu Berintegriti Memiliki Mentaliti Belajar
Bab 4: Tanam Benih Energi
Sebuah Kehidupan ataupun Sekeping Sijil?Daripada LL.B ke Agen Insurans Dahulu Lain Sekarang Lain Kita Bertindak Mengikut Kepercayaan Fokus Memandu Arah Kita
BAB 5: Siram Benih Energi
Latihan Ibarat Mengasah Pedang Mulakan Dengan Kemahuan Cari dan Cipta PeluangPelan Rancangan Kehebatan (P.R.K) BAHAGIAN 3: PANCARKAN SINERGI Kuasa Pengaruh Ibarat Set Golf Kesimpulan
Bab 6: Cipta Sinergi
Teknik Salam MesraMasa, Rasa dan Jasa Menghasilkan Kasih dan CintaDale Carnegie dan Sebuah Buku Hari Lahir Impresi Pertama yang Positif Berikan PS3Lapan Rukun Berbual-BualKawal Bahasa, Buat Mereka Berasa Penting Cara Mudah Mencipta Musuh dan Cara MengatasinyaApabila Kita Salah, Mengaku SahajalahRahsia SocratesMagnet Diri Gaya Puan Ainon Mengkritik Gaya Magnet Diri
BAB 7: Kongsi Sinergi
Mengkritik dan Tidak DibenciFikirkan Dahulu Kesilapan Kita Tiada Siapa Suka Mendengar Arahan Jaga Air Muka Semua Orang Berikan Gelaran yang baik Tunjukkan Kesalahan, Nampak Mudah Diperbetulkan Magnet Diri Gaya Dr. Tengku Asmadi
BAB 8: Gandakan Sinergi
Magnet Diri Gaya Fadzli Yusof Bagai Aur Dengan Tebing Fokus Kepada ‘Apa’, Bukan ‘Siapa’ Punca MasalahCipta Memori Manis dan Sentiasa Melawatinya Magnet Diri Gaya Dr. Zakir Naik Kukuhkan Impian Mereka Sebarkan ‘Kredit’ Tentang Kebaikan Orang Perkataan yang Betul Kepada Orang yang Betul, Pada Masa yang Betul Berikan Diri kita yang Terbaik Kongsi Rahsia Kita Sangka Baik, Fokus kepada yang Positif Jangan Asyik Pandang Cermin Buat pada Orang Apa yang Mereka Tidak Dapat Lakukan untuk Mereka Dengar dengan Hati, Bukan Hanya dengan TelingaCari Kunci kepada Hati MerekaMenjadi yang Pertama MembantuIngat Cerita yang Diceritakan Ceritakan Kisah yang Baik-baik Cungkil dan Teroka Kekuatan Orang Lain Buat Catatan Kata SemangatKemuncaknya, Bantu Orang Supaya Menang Magnet Diri Gaya Saiful Islam