Balqis jaz

Dilahirkan di Felda Bukit Damar Lanchang, Pahang. Berkelulusan SPMV dan kini bertugas sebagai penjaga stor di sebuah syarikat swasta di Pelabuhan Barat, Klang. Minat menulis sejak zaman sekolah lagi namun ketika itu tidak tahu ke mana arah untuk menyerlahkan bakat sehinggalah mengikuti Bengkel Penulisan Skrip Drama, Bengkel Penulisan Novel bersama Mentor Umie Nadzimah dan Ismi Fa Ismail. Cerpen Tangkal Tih Senah adalah cerpen yang kelima berjaya dibukukan.