Muhammad Rashidi Abdullah

Tempat Lahir
Kuching, Sarawak
Tahun Lahir
1980

Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah dilahirkan di Kuching,Sarawak pada 22.Dec.1980. Memulakan alam persekolahan di SRK Kg Selampit,Lundu dan seterusnya ke SMK Lundu dalam bahagian Kuching.Memeluk Islam pada tahun 2002 dan mendaftar secara rasminya pada 23.Sept.2003 di M.A.I.Selangor.Kemudian mengikuti pengajian awal dalam bidang agama di Inst.Dakwah Islamiah PERKIM,Kelantan. Seterusnya ke Madrasah Al-Irsyad, Penang, Kuliyyah Pondok Darul Nai’m,Kelantan dan Madrasah Al-Hidayah,Terengganu. 

Berasal dari keluarga yang menganuti Kriatian Katolik dan Ibu dan 2 orang abang merupakan penganut yang taat dan mempunyai jawatan dalam Gereja.Beliau sendiri pernah menjadi Pembantu Paderi selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam.Telah Berjaya mengislamkan 13 individu termasuk 1 keluarga sepanjang berdakwah dilapangan dakwah melalui internet,diskusi dan dll. 

Kini aktif menyampaikan ceramah,kuliah,membentang kertas kerja,ahli panel forum di jabatan-jabatan kerajaan,badan-badan korporat dan swasta,institusi pendidikan seperti SMK,Universiti dan Institut Latihan,masjid dan surau seluruh Negara,Beliau juga sering dijemput jabatan kerajaan,swasta mahupun institusi pendidikan dan syarikat-syarikat motivasi dan latihan ke program atau kem remaja sebagai penceramah,ketua fasilitator mahupun sebagai Pengarah Program.