Penulis

Shahrizan Daud At-Turabi

Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi seorang pendakwah prolifik tanah air yang kerap memberikan khidmat sepenuh masanya dalam aktiviti dakwah kontemporari sama ada melalui ceramah, forum, seminar mahupun muncul di aliran media. Beliau sering memberikan ceramah agama dan modul khidmat perundingan dan latihan bina insan di jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, mahupun swasta.Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah dan Undang-Undang di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau kini menjawat jawatan Pengarah Urusan Restu Media Sdn. Bhd. dan juga perunding pembangunan manusia di Al-Insan Development Centre. Beliau memilih untuk berhenti daripada menjawat jawatan perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Ketua Imam, Masjid Muadz bin Jabal, Setia wangsa, Kuala Lumpur bagi memberikan fokus sepenuh masa di bidang dakwah dan perniagaan. Namun sehingga kini, beliau masih memberikan khidmat sebagai Khatib Bahasa Inggeris dan Imam jemputan bulanan Masjid As-Syakirin KLCC dan masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024