Buku

Cinta

oleh Bahruddin Bekri, Shahrizan Daud At-Turabi, Heliza Helmi, Diana Amir, Siti Nordiana, Farah Asyikin

RM 15.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-411-235-6

Muka Surat: 160

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: 30 Apr 2014

Kehidupan umpama bunga, dan cinta adalah madunya.

CINTA
aspirasi cinta dunia glamor yang dalamnya mempunyai 25 kisah kasih. Kisah-kisah ini diinspirasikan daripada perbualan bersama Heliza Helmi, Diana Amir, Siti Nordiana, dan Farah Asyikin. 

Pada mulanya, kami mahu artis ini menulis sendiri perihal cinta. Biar mereka ceritakan secara jujur pengalaman berkenaan cinta. Kisah-kisah mereka kaya dengan mutiara pengalaman yang dapat menjadi teladan.Namun, akhirnya kami mengerti. Kisah cinta itu juga ada kisah-kisah silam. Ada yang khuatir, mutiara yang kami mahu paparkan akan tenggelam dengan lumpur gosip yang hanya mengenal sensasi.Akhirnya kami membuat keputusan. Kami hanya mengambil inspirasi kisah, menyaring pengajaran berharga, dan jadikan sebuah kisah fiksyen. Sebuah cerpen yang langsung tidak ada kena-mengena dengan peribadi artis dan kisah mereka yang sejati, selain daripada inspirasi dan hikmahnya.Inilah kisah-kisah yang kami usahakan supaya pada akhir pembacaan, pembaca memperoleh mutiara hikmah cinta. Ini kerana, cinta bukan bermaksud bersendirian, tetapi umpama kelopak-kelopak bunga yang saling melengkapi sebuah keindahan. Sehelai kelopak tidak akan mampu mencipta cinta. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha ini dan kita semuamemperoleh manfaatnya.

Antara kisah menarik yang terdapat dalam buku ini adalah:

 

 Bab 1 Lelaki

 Bab 2 Bahagia dan Cinta Sejati

 Bab 3 Duka Itu Cinta

Bab 4 Atas Dasar Cinta

Bab 5 Tiket untuk Bahagia

Bab 6 Ditinggalkan

Bab 7 Kembali kepada Dia

Bab 8 Siapa Dia Sebelum Aku?

Bab 9 Hierarki Cinta

Bab 10 Hubungan

Bab 11 Kisah Ibu

Bab 12 Sendiri

Bab 13 Apabila Kita Diduga

Bab 14 Jual Murah

Bab 15 Cinta Selepas Nikah

Bab 16 Kisah Cinta Paling Diingati

Bab 17 Penat

Bab 18 Nombor Satu

Bab 19 Istikharah Ini Cinta

Bab 20 Yang Terbaik Untukku

Bab 21 Jatuh Cinta

Bab 22 Nikah

Bab 23 Teka-Teki Hidup

Bab 24 Mengapa Cinta?

Bab 25 Cinta di Terminal

Bonus: Cinta dan Islam

 


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024