- Sinopsis
Mahu challenge? Berikan sahaja pada Wani. Apa pun cabarannya, pasti dia sahut dengan besar
hati. Tetapi Wani bukan calang-calang orangnya. Setakat cabaran biasa-biasa, dia memang tak
pandang. Apabila dicabar challenge berbahaya, dialah orang pertama. Terasa megah apabila
dapat letak segala hashtag cabaran yang disahutnya.
Kali ini Wani dicabar seterunya, Shalma. #extremeselfie dari tempat tinggi kalau berani. Ego
Wani semakin meninggi. Akhirnya cabaran yang disahut memakan diri. Namun Wani tidak
putus asa, dendam pada Shalma semakin membara. Challenge seterusnya buat semua terkedu,
adakah kali ini Wani dan Shalma sanggup menyambutnya?