Pertanyaan Lazim
Apakah hak penerbit dalam sesebuah karya yang diterbitkan?
Penerbit buku adalah pemegang hak penerbitan bagi sesebuah karya. Hak-hak eksklusif ini diberikan pengarang melalui perjanjian penerbitan yang ditandatangan sebelum karya diterbitkan. Antara hak-hak ini adalah:
hak menterjemah karya ke dalam semua bahasa hak melakukan penyesuaian, meringkaskan, memendekkan, memperluas dan mengadaptasi hak mengeluarkan semula dengan mesin dan mencetak semula hak mempersirikan dalam akhbar dan/atau majalah sama ada dalam bentuk asal ataupun dalam bentuk kartun dan/atau komik hak pementasan hak untuk difilemkan hak bagi menyiarkan melalui televisyen, radio dan apa-apa media siaran bunyi dan/atau pandang dengar hak dalam bentuk elektronik hak bagi melesenkan semula hak perdagangan hak penerbitan elektronik dan multimediaSaya ingin bekerja dengan PTS?
Sila layari http://www.pts.com.my dan klik bahagian jawatan kosong dari masa ke semasa. Kami mencari bakat-bakat baru untuk tim editorial, pemasaran, pembangunan laman web, dan rekabentuk (design) dari masa ke semasa.
Bagaimana saya mahu mendapatkan khidmat nasihat berkenaan penerbitan dan industri buku?
Kami mengesyorkan supaya layari http://www.universitipts.com bagi mengetahui industri dunia buku juga operasi penerbitan PTS melalui http://penerbitpts.blogspot.com.
Pengunjung berpeluang mendapat maklumat berkenaan potensi industri buku, bengkel penulisan, berita semasa, dan menghantar pendapat.
Apakah syarat-syarat bagi manuskrip diterbitkan?
Karya tuan akan dinilai terlebih dahulu. Aspek penilaian adalah daripada segi kandungan, jalan cerita, gaya bahasa, dan potensi jualannya.
Apakah cara PTS mencari manuskrip?
Manuskrip dicari melalui dua cara iaitu solicited dan unsolicited. Solicited adalah manuskrip yang dirancang penerbit dan editor akan mencari penulis yang sesuai. Manakala unsolicited pula adalah cadangan baru daripada penulis.
Pihak editor akan menilai cadangan itu sesuai dengan misi penerbitan dan pasaran pembaca.
Bagaimana saya mahu beli buku secara pesanan pos ataupun online?
Kami mengesyorkan supaya layari http://www.bookcafe.com.my.
Saya pembaca buku. Bagaimana saya boleh mendapat diskaun?
Kebanyakan kedai buku utama ada membuat jualan murah dan promosi dari masa ke semasa. Sila rujuk laman web mereka untuk maklumat terkini.
Anda juga boleh menunggu sehingga kedai buku membuat jualan gudang (warehouse sale) yang biasanya memberikan diskaun baik untuk pelbagai jenis buku.
Selain daripada kedai buku, anda juga boleh pergi ke pesta buku yang berlangsung di peringkat nasional dan negeri sepanjang tahun. Rujuk ke laman http://www.klibf.com untuk maklumat pesta buku.
Saya pembaca buku. Kedai buku berhampiran maklumkan yang mereka sudah kehabisan stok?
Bagi kedai buku besar, biasanya mereka ada menyediakan khidmat pesanan untuk para pelangan. Anda boleh memesan buku dari kaunter.
TIP: anda juga boleh membuat panggilan telefon sebelum pergi ke kedai buku. Kebanyakan kedai buku utama ada menyenaraikan alamat dan nombor telefon outlet mereka dalam laman web masing-masing.
Sebagai alternatif, anda boleh pesan secara pos dari kedai buku online kami di http://www.bookcafe.com.my.
Siapa PTS?
PTS hari ini adalah gabungan beberapa syarikat penerbitan dan pengedaran, atau dikenali juga sebagai PTS Media Group Sdn. Bhd.
1. Syarikat Induk
PTS Media Group Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai PTS Consultants Sdn. Bhd.)
2. Syarikat Penerbitan
PTS Millennia Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku popular. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku bisnes, pengurusan, pendidikan (umum), dan terjemahan. PTS Islamika Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku agama. PTS One Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja. PTS Litera Utama Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku fiksyen remaja, dewasa, dan karya terjemahan antarabangsa. PTS Pop Sdn. Bhd. yang menerbitkan KOMIK, novel grafik dan buku fiksyen. PTS Darul Furqan Sdn. Bhd. yang menerbitkan mushaf al-Quran, buku terjemahan dan Tafsir al-Quran PTS Net Media Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku komputer dan teknologi.3. Syarikat Pengedaran
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. menjalinkan hubungan bisnes dengan kedai buku seperti MPH, POPULAR dan kedai buku Indie. PTS Edar Sdn. Bhd. menjalinkan hubungan bisnes dengan pasaran Hyper Market dan News Stand, seperti Mydin, Tesco, Giant, MY News dan Carrefour. PTS Bookcafe Sdn. Bhd. menguruskan bisnes melalui jualan di bilik pameran dan secara online.Adakah kandungan Ebook sama dengan kandungan dalam buku bercetak?
Ya, sama. Namun, Ebook boleh ada penambahan dari segi interaktif seperti klip audio, video dan sebagainya.
Adakah saya akan hilang ebook yang telah dimuat turun sekiranya saya mengemaskini aplikasi tersebut?
Tidak. Ebook belian anda akan sentiasa ada dalam aplikasi.
Bolehkah ebook PTS boleh dimuat turun & dibaca menggunakan hardware Kindle/Kobo?
Ebook kami hanya boleh dibaca menggunakan apps yang di sediakan oleh platform. Sesuai untuk Desktop, Ipad, Tablet, Ipohe dan Android.
Tujuan E-book dihasilkan?
Untuk berkongsi ilmu dengan cara pelbagai medium (Desktop/Android/IOS) .
- Ia tiada simpanan stok yang terhad kerana ia adalah produk digital.
- Tidak perlu risau tentang kerosakan produk kerana ia adalah berbentuk digital.
- Kos penghantaran adalah percuma.
- Tiada kos penambahan menghasilkan produk kerana ia hanya menggunakan perisian di dalam komputer.
Adakah ebook PTS boleh dibaca menggunakan Desktop/Android/IOS?
Ya. Ebook boleh dibaca dengan menggunakan komputer peribadi, laptop, notebook, dan perisian Android dan iOS.
Bagaimana hendak membeli ebook PTS?
Ebook PTS dijual melalui ebookstore luar seperti E-Sentral, Google Play Books, BachaBooku dan Ibookstore. Portal ebook PTS hanya berfungsi sebagai katalog dan anda boleh memilih mahu membeli di ebookstore yang dipaparkan terus.
Ebook percuma tetapi kenapa perlu isi maklumat di google wallet? Selamatkah?
Selamat, Maklumat yang di isi dalam google wallet adalah prosedur google. Ia bagi memudahkan pembelian seterusnya.
Perlukah talian internet untuk membaca ebook?
Tidak perlu. Ebook yang telah berjaya dimuat turun boleh dibaca secara offline.
Saya tiada kredit kad atau debit kad untuk membeli ebook. Bagaimana untuk membeli?
Buat masa ini, pembelian ebook hanya boleh melalui dua medium ini sahaja.
Pilihan pembayaran bagi membeli ebook?
Kredit kad dan Debit kad.
Saya sudah beli ebook tetapi kenapa saya tidak dapat ‘print’?
Kami menggunakan Digital Right Managment (DRM) untuk melindungi ebook kami dari di cetak rompak/ dipindah hak milik/ dan lain-lain.
Saya sudah beli ebook tetapi bagaimana untuk masukkan dalam ebook reader saya?
Pertama sekali, Tuan/Puan perlu memastikan platform yang dipilih ketika membuat pembelian seperti E-Sentral, Google Play Book, Bachabooku, Ookbee ataupun iBook Store. Ini kerana, setiap platform mempunyai cara akses yang berbeza. Sila rujuk link berikut:
E-Sentral: https://www.e-sentral.com/page/apps
Google Play Book: Android - https://support.google.com/googleplay/answer/2851658?p=books_androidapp&rd=2
Google Play Book: iPad, iPhone & iPod - https://support.google.com/googleplay/answer/188504?p=books_iosapp&rd=1
Bachabooku: http://bachabooku.com/GettingStarted.aspx
Ookbee Malaysia: http://my.ookbee.com/appDownload.aspx
iBook store: https://www.apple.com/ibooks/
Apa itu ebook?
Ebook adalah bahan bacaan digital yang boleh diakses dengan menggunakan pelbagai jenis aplikasi dan peranti.
Ebook percuma tetapi masih dikenakan bayaran?
Biasanya bayaran yang dikenakan itu adalah untuk verify Google Wallet. Bayaran tersebut akan di kembalikan selepas beberapa minit.
Kami lampirkankan bukti 'transection':
Saya sudah buat bayaran tetapi kenapa masih tidak dapat membaca ebook?
Mohon tuan/puan hubungi ebookstore yang tuan/puan telah membuat bayaran.
i)E-sentral
No. Telefon: +603 8311 9134
Email: info-e-sentral.com
ii)Bachabooku
No. Telefon: +603 36308888
Email: support-bachabooku.com.my
iii)Google
Layari: https://support.google.com/googleplay/devices/?hl=en#topic=3237699
Saya pembaca buku. Di mana saya boleh beli buku terbitan PTS ?
Anda boleh beli buku terbitan kami di semua kedai-kedai buku utama seluruh negara. Sila layari laman web kami, http://www.pts.com.my dan semak di bawah seksyen Pengedar.
Kebanyakan kedai buku utama ada menyenaraikan alamat dan nombor telefon outlet mereka dalam laman web masing-masing.
Jika ada sebarang masalah mendapatkan buku PTS, anda boleh menghantar email ke alamat sales-pts.com.my, nyatakan kawasan tempat tinggal anda, dan kami boleh memberikan alamat kedai buku yang berhampiran.
Saya penjual buku. Bolehkah saya dapatkan buku PTS dari Pemborong?
Pesanan turut dapat dilakukan kepada pengedar-pengedar utama PTS di seluruh negara. Sila layari http://www.pts.com.my di bawah seksyen Pengedar untuk senarai lengkap pengedar-pengedar PTS, atau:
Pengedar-pengedar Buku Utama
Ar-Risalah Product Sdn Bhdhttp://www.hidayah.com.my/home.php03-4042 0733 Cresent News (KL) Sdn Bhd.http://www.crescentbook.comTel: 03-6184 2448 Mehraj Book DistributorsTel: 03-9287 8786 CHC Book DistributorsTel: 03-8023 8533 Fajar Pakeer Sdn BhdTel: 03-6258 1194 MPH Distributorshttp://www.mph.com.my/distributors/Lembah Klang
Tajrid EnterpriseTel: 03-4041 9167Melaka
Syarikat Buku Thai KuangTel: 06-284 0033Johor
Badan Cemerlang Sdn Bhdhttp://www.badan-cemerlang.comTel: 07-07-236 0449 City Megazonectmegazone-yahoo.com / megazone-streamyx.comTel: 07-224 4927 Pustaka Azharpustakaazhar-yahoo.comTel: 07-221 0244Kelantan
Syarikat Jaffar Rawas Sdn BhdTel: 09-748 1073Kedah
Hasani Edar Sdn BhdTel: 04-425 3702 Pustaka Darussalam Sdn BhdTel: 04-733 2726Saya ingin mengambil/mengguna pakai/mengeluar ulang isi kandungan daripada mana-mana judul terbitan
Mengambil ataupun mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku terbitan Kumpulan PTS dalam apa jua bentuk adalah dilarang sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak syarikat. Permohonan perlu dimajukan kepada:
PengurusJabatan Pemerdagangan Harta IntelekPTS Media Group Sdn. Bhd.No. 12 Jalan DBP, Dolomite Business Park68100 Batu Caves, Selangor, MalaysiaNo. Tel: +603 6188 0316 No. Faks: +603 6189 1316 Emel: rights-pts.com.my
Saya pelajar, mencari latihan industri dalam bidang penerbitan, adakah pihak PTS menawarkannya?
Ya, kami menawarkan latihan industri bagi pelajar-pelajar yang mahu mengetahui bidang penerbitan dan industri buku. Oleh itu sila hantar surat permohonan kepada Shazarina Mohd Azmy, shazarina-pts.com.my ataupun melalui pos ke alamat berikut:
Human Resource Department,PTS Publications & Distributors Sdn BhdNo. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park,68100 Batu Caves,Selangor, MALAYSIA
Tel: 03-6188 0316 Fax: 03-6189 0316
Saya penjual buku. Saya berminat untuk mengedar buku PTS. Apakah syarat-syaratnya?
Anda mesti mempunyai lesen perniagaan dan sudah menjual buku sebelum dapat menjadi pengedar kami.
Pesanan dapat dilakukan melalui fax ke nombor 03-6189 0316 atau emel ke sales-pts.com.my. Kami akan maklumkan terma dan syarat di dalam jawapan emel nanti.
Penghantaran pesanan hanya akan dilakukan apabila pembayaran proforma invois sudah dilakukan. Sila fax/emel resit pembayaran atau slip bank-in kepada kami sebagai rujukan.
Saya sudah beli ebook tapi kualiti tidak bagus. Apa yang perlu dilakukan?
Boleh maklumkan kepada kami di -ebook-pts.com.my-
Bagaimana kami mahu mohon sumbangan buku dan kewangan PTS?
1. Sumbangan Buku PTSSumbangan adalah untuk institusi kebajikan, media, institusi pendidikan, institusi masjid, rukun tetangga, persatuan kakitangan pembekal / pelanggan PTS dan persatuan NGOPihak pemohon perlu hantar surat melalui faks ataupun emel sebulan (1 bulan) sebelum tarikh program dianjurkanPihak pemohon perlu menguarkan nama dan logo PTS pada setiap medium hebahan merekaPihak pemohon perlu ambil sendiri buku apabila berada di jangkauan sekitar Lembah KlangPTS akan hantar buku tajaan menggunakan lori PTS untuk di luar Lembah KlangPTS akan menulis surat jawapan menyatakan permohonan diterima ataupun ditolak. Disediakan oleh Eksekutif PRPemohon perlu hantar surat terima apabila buku selamat diterimaPermohonan dialamatkan kepada:Cik Puan Amirah HassanEksekutif PRJabatan PemasaranPTS Publications & Distributors Sdn BhdNo 12 Jalan DBPDolomite Business Park68100 Batu Caves, Selangoramirah-pts.com.myTel: 03- 6188 0316Faks: 03-6189 1316
2. Sumbangan KewanganSumbangan kewangan PTS adalah berbentuk wang zakat kepada golongan asnaf sahajaSurah at Taubah ayat 60 bermaksud:"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan".Lapan (8) golongan adalah:1. Fakir – orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, ataupun orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannyaContoh keperluan sehari adalah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja2. Miskin – orang yang mempunyai harta tetapi idak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja. 3. Amil - Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.4. Muallaf – saudara baru memeluk Islam5. Riqab – hamba yang merdeka6. Al-Gharimin – orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikannya 7. Fisabilillah – orang yang berjuang di jalan Allah seperti pergi belajar dan program dakwah8. Ibnu sabil – Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauanKelulusan adalah daripada Pengarah UrusanPermohonan perlu dibuat secara bertulisPermohonan akan diproses dalam masa 20 hari bekerja dari tarikh surat diterimaBagi permohonan dari institusi dan badan kebajikan, cek hanya dikeluarkan atas nama badan kebajikan itu
Pemohon perlu hantar surat jawapan berserta resit pengecualian cukai LHDN (jika ada) apabila cek diterima
Setiap permohonan perlu disertakan maklumat lengkap penerimaIndividu 1. Nama penuh individu
2. Nombor kad pengenalan
3. Salinan kad pengenalan / pasport
4. Surat pengesahan daripada badan berkaitan/doktor bertauliah/institusi pengajian
Organisasi
1. Nama penuh organisasi
2. Nombor pendaftaran organisasi
3. Salinan sijil pendaftaran syarikat
4. Profil organisasi Sumbangan kewangan dibuat dalam bentuk sekali sahaja ataupun secara bulananPermohonan dialamatkan kepada:
PuanNurliyanaEksekutif KewanganJabatan KewanganPTS Publications & Distributors Sdn BhdNo 12 Jalan DBPDolomite Business Park68100 Batu Caves, Selangornurliyana-pts.com.myTel: 03- 6188 0316Faks: 03-6189 1316
Saya beli buku yang rosak. Bagaimana saya mahu menggantikan dengan yang baru?
Pertama sekali, kami memohon maaf kerana naskah yang anda beli itu rosak. Kami sentiasa memastikan yang kualiti percetakan kami adalah tinggi dan sempurna. Walaupun begitu, kami tetap mengalami masalah dalam proses cetakan dari masa ke semasa, dalam kuantiti yang minimal.
Polisi kami adalah menggantikan satu kepada satu (one to one) bagi buku yang rosak daripada segi cetakan.
Anda boleh menukar buku tadi melalui 2 cara:Pertama, pergi semula ke kedai di mana pembelian asal dibuat. Kemukakan bukti resit dan buku asal. Pekedai buku akan menukarkan buku yang rosak dengan naskhah baru.
Kedua, pulangkan buku yang rosak tadi kepada khidmat pelanggan kami; Customer Service PTS PTS Media Group Sdn Bhd No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves,Selangor, MALAYSIA Tel: +603 6188 0316 Faks: +603 6189 0316 Emel: customerservice-pts.com.my
Sila nyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon anda. Sila juga nyatakan dari mana naskhah anda dibeli, ini akan membantu kami bagi mengesan kesilapan yang berlaku di kedai buku.Kami akan menggantikan buku yang rosak tadi melalui pos.
Bagaimana saya mahu jadi penulis PTS?
Terima kasih kerana berminat menulis bersama PTS.
Sila hantar kertas cadangan anda kepada kami mengikut butiran berikut:1. Judul buku2. Sinopsis atau penerangan berkenaan tajuk yang ingin ditulis3. Anggaran muka surat4. 1 ataupun 2 bab contoh5. Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran6. Kelebihan buku berbanding buku di pasaran7. Sasaran pembeli
Emel kertas cadangan mengikut unit penerbitan yang sesuai dengan cadangan itu seperti di bawah:
PTS Millennia Sdn Bhd menerbitkan buku-buku popular.
Produk umum lelaki (Sejarah, Motivasi, Islam Kontemporari Lelaki dan Isu semasa).
Produk umum wanita (Islam Kontemporari Wanita, Motivasi, Perhubungan & Perkahwinan, Kesihatan & Kecantikan dan Keibubapaan).
Remaja (Motivasi Remaja & Teknik Belajar). Resipi dan DIY. Emel kepada ptsmillennia-pts.com.my.
PTS Professional Publishing Sdn Bhd menerbitkan buku-buku bisnes, pengurusan dan pendidikan (umum). Emel kepada ptsprofessional-pts.com.my.
PTS One Sdn Bhd, menerbitkan buku fiksyen kanak-kanak, remaja dan dewasa. Emel kepada ptsone-pts.com.my.
PTS Litera Utama Sdn Bhd, menerbitkan karya-karya terjemahan antarabangsa (Indonesia, Inggeris & Arab) dan novel remaja, dewasa dan sejarah. Emel kepada ptslitera-pts.com.my.
PTS Islamika Sdn Bhd menerbitkan buku-buku agama dan falsafah Islam dengan pendekatan bahasa moden. Emel kepada ptsislamika-pts.com.my.
PTS Darul Furqan Sdn Bhd menerbitkan mushaf al-Quran, buku terjemahan dan tafsir al-Quran. Emel kepada ptsdarulfurqan-pts.com.my
PTS Pop Sdn Bhd menerbitkan komik, novel grafik dan buku fiksyen. Emel kepada ptspop-pts.com.my.
PTS Netmedia Sdn Bhd menerbitkan buku dalam bidang komputer, teknologi dan fotografi. Emel kepada ptsnetmedia-pts.com.my.
Saya penulis. Bagaimana jika saya mahu tulis kategori baru?
Pada umumnya, kami mempunyai fokus dan juga konsep sendiri. Tetapi, kami juga berminat untuk mendengar idea baru daripada penulis. Sila hantar emel yang menerangkan konsep buku anda tadi ke editorial-pts.com.my, dan kami akan cuba cari editor yang berminat dengan manuskrip anda.
Di mana saya dapat beli buku-buku terbitan PTS?
Rujuk kepada FAQ Jualan.
Berapakah royalti yang diberi PTS?
Penerbit akan membayar royalti kepada Pengarang mengikut kadar berperingkat yang ditetapkan sebagaimana berikut:
(a) 10% (sepuluh peratus) daripada perolehan bersih (net receipt) Penerbit bagi 5,000 (lima ribu) naskhah pertama Karya yang terjual.
(b) 14.5% (empat belas perpuluhan lima peratus) daripada perolehan bersih (net receipt) Penerbit bagi naskhah Karya yang terjual antara 5,001-10,000 (lima ribu satu hingga sepuluh ribu).
(c) 16% (enam belas peratus) daripada perolehan bersih (net receipt) Penerbit bagi 10,001 (sepuluh ribu satu) naskhah dan ke atas Karya yang terjual.