Artikel
5 Mitos Tentang Perubatan Yang Sebenarnya Salah
oleh Dr. Khairul Hafidz pada 26 Jan 2017
1. Supplement lebih bagus daripada ubat hospital
Terdapat banyak kekeliruan dalam masyarakat apabila di luar sana ada ubat yang berjaya menyembuhkan demam, batuk, ataupun selesma, maka mereka fikir penyakit sudah sembuh, tetapi sebenarnya tidak begitu.
Ada beza UBAT dan SUPPLEMENTYang membuatkan saya marah, apabila ubat berbentuk SUPPLEMENT ini dibesar-besarkan khasiatnya, membohongi rakyat mengatakan ubat mereka mampu merawat banyak penyakit, tanpa mekanisme kerja ubat yang jelas, dos yang jelas dan berselindung dengan nama herba.
Lebih parah agama diperdagangkan!
“Tapi doktor, ubat ini sunnah nabi!”“Habis tu, takkan makan ubat moden ni ikut sunnah syaitan?”
2. Saya tak makan ubat tahan sakit tu doktor. Takut rosak buah pinggangIbu akhir 30-an datang ke klinik mengadu sakit lutut kiri sudah seminggu, sakit lutut terhentak ke tanah sewaktu bermain badminton. Sudah berjumpa doktor, diberi ubat tahan sakit tetapi tidak dimakan.
Banyak kekeliruan masyarakat tentang ubat perubatan moden. Ramai yang fikir, makan sahaja ubat perubatan moden pasti buah pinggang rosak. Saya fikir salah faham ini perlu diperbetulkan segera.
Ubat tahan sakit (NSAID) boleh mengurangkan kadar pengaliran darah ke ginjal dan menyebabkan kerosakan ginjal sekiranya ubat yang dimakan dalam tempoh terlalu lama ataupun makan melebihi dos yang ditetapkan.
3. Mandi malam akan menyebabkan paru-paru berairParu-paru berair atau dalam bahasa santifik disebut efusi pleura (pleural effusion) tidak berlaku akibat dari mandi pada waktu malam. Efusi pleura terjadi antaranya:
-
Jantung gagal berfungi (congestive heart failure)
-
Komplikasi radang paru-paru (pneumonia)
-
Kanser paru (lung malingnancy)
-
Sumbatan pada salur darah paru (pulmonary embolism)
-
Penyakit hati (cirrhosis)
-
Trauma paru
Lumbar puncture adalah satu prosedur yang dilakukan untuk mengambil air tulang belakang (cerebrospinal fluid). Prosedur dilakukan dalam keadaan steril. Jarum akan dicucuk pada ruang antara tulang lumbar (L) selalunya di kawasan L3-L4 kerana saraf tunjang yang berstruktur solid berakhir pada L1.
Titisan air akan diambil dan dimasukkan ke dalam botol dan dihantar ke makmal. Air yang diambil cuma sedikit, dan air akan diganti semula dalam waktu dua hari.
Prosedur ini SELAMAT, tidak ada yang perlu dibimbangkan. Mereka yang melakukan prosedur ini terdiri daripada pengawal TERLATIH dan dilakukan dengan sangat berhati-hati.
Mengambil air tulang belakang ini penting kerana mampu memberi maklumat kepada doktor untuk tahu tentang pesakit jika mempunyai jangkitan pada bahagian selaput otak atau tidak.
5. Makan sebiji panadol akan kekal dalam badan selama 5 tahunPanadol dikatakan akan berada di dalam badan kita selama 5 tahun dan keracunan panadol menyebabkan kerosakan ginjal. Ini menjadi punca ketakutan masyarakat kepada ubat moden kerana khuatir kandungan ubat yang akan berada di dalam badan.
Panadol (Paracetamol) adalah ubat yang bertindak sebagai antipiretik (penurun demam) dan mempunyai sedikit kesan analgesik (tahan sakit). Sebenarnya penguraian panadol berlaku di hati bukan di ginjal.
Kerosakan hati akan berlaku apabila panadol diambil secara berlebihan dan berpanjangan tanpa pengawasan. Malah tempoh 5 tahun adalah sangat menyimpang, kerana panadol akan kekal dalam masa beberapa jam sahaja.
*5 Mitos ini diambil dari buku Dr. Khairul Hafidz iaitu PENA & PICAGARI yang baru sahaja diterbitkan oleh Puteh Press. Buku ini membongkar mitos perubatan yang diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia tetapi sebenarnya SALAH. Beliau juga berkongsi pengalaman beliau sepanjang menguruskan pesakit (cerita disebalik) yang ramai orang belum tahu. Whatsapp 011-55467212 untuk membeli buku ini.
(Dr. Khairul Hafidz - Kanan. Gambar: www.era.fm)