Artikel

Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara Jadi Rebutan Kanak-Kanak

oleh Roziyah pada 28 Dec 2010

Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara keluaran PTS Fortuna Sdn. Bhd berjaya menarik minat dan menjadi rebutan kanak-kanak.

Siri Apresiasi Remaja yang dilancarkan pada Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PBKKL) lalu, menarik minat kanak-kanak yang hadir kerana kavernya yang menarik dan penuh warna-warni.

Buku yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara (SN) Dato’ A. Samad Said ini turut memberi kepuasan berganda kepada ibu bapa apabila didatangkan dengan lukisan yang menarik dan isi yang berguna.

“Semangat membaca harus bermula dari zaman kanak-kanak lagi dan ibu bapa harus memupuk semangat membaca dalam diri anak-anak ini sejak mereka kecil lagi,” ujar Dato’ A. Samad Said yang senang digelar Pak Samad.

Melalui buku Bendera Atas Bukit dan Rumah Rahsia, Pak Samad membawakan kisah era lampau.

“Era dalam buku ini bukanlah berkisar di era baru namun, anak-anak harus tahu dunia dan kehidupan masa lalu. Melalui pengetahuan tentang masa lalu, kita tahu kita sudah maju dan menghargai kemajuan yang kita miliki,” jelas Pak Samad lagi.

Lebih menarik, siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara didatangkan dengan kaver yang bercantum antara satu dengan yang lain.

Dapatkan Siri Apresiasi Remaja Sasterawan negara di bookcafe PTS atau kedai-kedai buku berhampiran tuan dan puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024