Artikel

Temui Pak Latip dalam Halaqah di TV9

oleh Roziyah pada 28 Dec 2010

Penulis novel Sejarah Islam, Tuan Abdul Latip Talib akan bersiaran dalam rancangan Halaqah di TV9 malam ini.

Program yang diacarakan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin ini akan berbicara mengenai Abu Bakar As Siddiq.

Turut hadir dalam program bual bicara tersebut adalah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Al Idrus yang sama-sama berbicara mengenai Khalifah Abu Bakar As Siddiq ini.

Jangan ketinggalan menyaksikan rancangan bual bicara Halaqah yang penuh dengan informasi pada jam 10 malam ini khas di TV9.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024