Artikel

Hari Terakhir PBKKL: Temui Chef Hanieliza dan Pak Latip di booth PTS

oleh Roziyah pada 26 Dec 2010

Warga PTS menyediakan pelbagai aktiviti menarik sempena hari terakhir Pesta Buku Kanak-Kanak (PBKKL) di PWTC.

Bermula dengan demo masakan oleh Chef Hanieliza pada jam 11 pagi, pengunjung dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Kemudian, PTS Litera Utama menampilkan Penulis Sejarah Islam nombor satu PTS, Tuan Abdul Latip pada jam 2 hingga 4 petang ini. Bagi yang meminati novel-novel tulisan Pak Latip boleh mendapatkan tandangan beliau di ruang aktiviti booth PTS pada jam 4 petang ini.

PTS juga menyediakan diskaun hebat kepada pengunjung yang hadir ke PBKKL kali ini. Jemput datang bagi memeriahkan dan merasai sendiri kehangatan PBKKL yang akan melabuhkan tirainya hari ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024