Yusuf al-Qaradawi Dibuang Dari Senarai Yang Dikehendaki Interpol

oleh Asri Yussof pada 12 Sep 2017

Interpol telah menghapuskan nama Yusuf al-Qaradawi dari senarai yang dikehendaki di dalam laman web mereka. Beliau adalah salah seorang pemimpin agama paling terkemuka di Timur Tengah, lapor Organisasi Arab untuk Hak Asasi Manusia (AOHR) di UK.

interpol

Organisasi polis internasional (Interpol) membuat langkah itu setelah mendapati bahawa kejahatan yang dituduh keatas Qaradawi adalah tidak lebih dari sekadar untuk menutup "kejahatan politik" pihak berwajib di Mesir - negara yang meminta para ilmuwan untuk disenarai hitamkan di Interpol sejak 2014, AOHR berkata dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Keputusan Interpol untuk menghapus nama al-Qaradawi dan nama-nama lain boleh dianggap sebagai kekalahan kepada rejim Mesir," kata Mohamed Jamil, presiden AOHR.

"Langkah Kerajaan Mesir ini seperti mahu membunuh orang-orang Mesir yang dilihat mempunyai pengaruh yang besar. Mereka melaksanakan operasi penangkapan secara meluas secara paksa dan menghilangkan dari berada di ruang publik, mengutip pengakuan dengan menggunakan penyeksaan, yang kemudiannya mereka gunakan terhadap tahanan di mahkamah dan meminta 'notis merah' dari Interpol, dalam apa yang hanya boleh disebut sebagai penyalahgunaan kuasa yang sangat murah dari sebuah kerajaan yang dihormati yang menyebabkan punca peperangan dan kejahatan di seluruh dunia. "

Interpol mengadakan beberapa perbincangan dan bertukar komunikasi dengan AOHR mengenai Qaradawi, kata kenyataan tersebut.

qaradhawi

Qaradawi, 91, pengerusi Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam, dituduh mahu melakukan rompakan, pembakaran dan pembunuhan selepas rampasan kuasa Mesir 2013. Beliau kini tinggal di pengasingan di Qatar.

Semua jenayah yang didakwa keatas beliau berlaku ketika ketiadaannya di Mesir, dan tidak dapat diterima akal ianya boleh dilakukan oleh seorang yang berumur yang mempunyai reputasi yang baik, kata AOHR.

"Banyak negara, termasuk Emiriyah Arab Bersatu, berada di belakang penyenaraian al-Qaradawi dalam senarai ini," kata Jamil.

"Apabila namanya diterbitkan, terdapat keadaan umum euforia di media Emirati diikuti oleh media Mesir, dan yang lain yang selalu bekerja untuk menyerang orang-orang yang menentang rejim Mesir," tambahnya.

"Bagaimanapun, kebahagiaan ini tidak bertahan lama, kerana sesaat kebenaran telah menjadi nyata dan segala sesuatu akan kembali ke jalan yang sah."

Sistem yang salah

Jamil juga berkata Interpol kadang-kadang menukar waran dengan kerajaan secara langsung tanpa menerbitkannya di laman webnya.

"Ini digunakan secara meluas oleh rejim diktator dalam eksploitasi sistem yang terang-terangan untuk menangkap individu yang mahu menentang rejim ini," katanya.

Jamil memanggil Interpol untuk menghentikan amalan ini dan mengenakan kawalan ketat supaya kerajaan tidak boleh lagi menggunakannya untuk mengejar lawan politik yang mereka telah membuat tuntutan jenayah terhadapnya.

Sumber: Al Jazeera