Buku

Kepelbagaian Spesies Ikan di Malaysia

oleh Khairul Adha bin A. Rahim

RM 35.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-0685-73-1

Muka Surat: 200

Saiz: 5.5x8.5

Tarikh Terbit: 1 May 2015

Kategori: Bahasa

Imprint: PTS Akademia

Buku ini mengandungi informasi mengenai kepelbagaian spesies ikan air tawar yang mendiami pelbagai habitat di Malaysia. Hubungkait mengenai parameter fizikokima air yang mempengaruhi kelimpahan spesies ikan yang mendiami habitat tertentu diterangkan dengan lebih mendalam. Status terkini mengenai spesies ikan terubuk yang popular dalam kalangan masyarakat diterangkan dengan terperinci. Kehadiran pelbagai spesies ikan asing yang mendiami habitat semulajadi serta ancaman akibat kehadirannya telah dibincangkan. Buku ini juga menfokuskan kepada penyelidikan spesies ikan kelah atau Tor sp. yang merupakan sejenis ikan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Ia membincangkan hasil kajian dan penemuan mengenai DNA populasi ikan kelah yang diketuai oleh Dr. Yuzine Esa bersama rakan-rakan penyelidik yang lain.

 

Prakata vii
Tahap Pengetahuan Mengenai Ikan Air Tawar Malaysia 1
Pembangunan Akuakultur dan Taburan Ikan Air Tawar Bukan Asli di Sarawak, Malaysia 11
Keperluan dan Cabaran Bagi Pengurusan Tadahan Bersepadu - Kawasan Tadahan Bakong di Sarawak 26
Kepelbagaian dan Komposisi Ikan Air Tawar di Dataran Banjir Batang Kerang, Balai Ringin, Sarawak 49
Ikan Air Tawar dari Bario, Tanah Tinggi Kelabit Sarawak 62
Tinjauan Terhadap Fauna Ikan Air Tawar di Hulu Sungai Taman Negara Banjaran Crocker Sabah, Malaysia 68
Status Terkini Terubuk Sarawak (Tenualosa toli) di Pesisiran Barat Daya Sarawak, Malaysia  77
Kepelbagaian DNA Mitokondria Tor douronensis Valenciennes (Cyprinidae) di Borneo Malaysia 87
Kajian Pengembangan Spesies Kacukan Tor douronensis dan Tor tambroides Menggunakan Mikrosatelit Daripada Siprinid Lain 97
Pengaruh Spesies Ikan Pendatang ke Atas Struktur Komuniti Ikan Asli di Perairan Malaysia 108
Pencirian Genetik Dua Spesies Ikan Kelah (Tor douronensis dan Tor tambroides) Menggunakan Penanda Mikrosatelit daripada Siprinid Lain 137
Kajian Pengembangan Spesies Kacukan Tor douronensis dan Tor tambroides Menggunakan Mikrosatelit Daripada Siprinid Lain 148
Sistematik Molekul bagi Mahseer (Cyprinidae) di Malaysia Disimpulkan daripada Penjujukan Gen Sitokrom C Oksidase 1 (CO1) Mitokondria 159
Taburan dan Komposisi Ikan Air Tawar di Sungai Jempol dan Serting, Negeri Sembilan, Malaysia 169
Rujukan 181
INDEKS 185

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024