Penulis

Afyan Mat Rawi

AFYAN MAT RAWI merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia.

Beliau sekarang adalah trainer dan perunding kanan di INFAQ Consultancy Sdn Bhd, yang beroperasi di Lembah Klang.

Firma konsultan ini ditubuhkan beliau untuk menyediakan perkhidmatan dalam bidang servis kewangan serta konsultan untuk latihan kewangan dan pengurusan harta.

Beliau mengasaskan modul perancangan kewangan IFQ (Intelligent Quoteint + Financial Quetient / IQ + FQ), bersama INFAQ Consultancy and Adcisory.

Modul ini meliputi aspek:

1) Aliran Tunai / Cashflow

2) Nettworth

3) Simpanan

4) Takaful

5) Pelaburan

6) Zakat dan penyucian harta

7) Wasiat dan pembahagian harta

Beliau berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliauselalu menerima jemputan untuk memberi perkongsian ilmu dalam bentu ceramah, bengkel atau seminar tentang perancangan kewangan.

Program-program kendaliaan menggunakan modul perancangan kewangan INFAQ (C).

Tulisan-tulisan beliau juga selalu tersiar di MajalahNiaga.com, Harian Metro, Majalah Solusi, Prospek Hartanah Malaysia.

Malah beliau juga pernah tampil beberapa kali secara langsung dalam rancangan “Magnet Diri” dan “Assalamualaikum”, di TV Al-Hijrah.

Ikuti perkongsian beliau tentang pengurusan kewangan dan kehidupan, di FB personal beliau diwww.facebook.com/afyan.ikhlasatau twitterwww.twitter.com/afyanIFP.

LIKE page rasmi INFAQ Consultancy utk tip-tip kewangan diwww.facebook.com/infaq.my

Beliau boleh dihubungi melalui emel infaq.my @ gmail.com atau telegram @afyan_ifp

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024