Puteri Tudung Bermanik
oleh Maslina Ngadiman


Versi Cetak

RM20.90

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 23.90
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-967-5406-44-7

Tarikh Terbit: 25 Oct 2010

Jumlah Muka Surat: 128


Versi eBook

Belum Terbit


Mengisahkan Tengku Alissa yang mempunyai minat pada jenis tudung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis manik. Hinggakan ada kalanya tudung yang dipakainya itu tidak kena pada tempatnya. Manik yang berlebihan kadangkala membuatkan dayang-dayang dan abang-abang Tengku Alissa berasa rimas dengan penampilan si puteri. Tengku Alissa juga tidak boleh melihat ada individu lain yang lebih cantik tudungnya berbanding dia. Dia pasti memastikan tudung yang dipakainya itu adalah yang paling cantik.

Hingga suatu hari pada majlis hari jadinya, Tengku Alissa memakai tudung yang sarat dengan manik-manik berkilauan. Akibatnya sesuatu terjadi pada majlis besar-besaran itu yang membuatkan Tengku Alissa berasa malu di hadapan orang ramai. Selepas peristiwa itu Tenku Alissa tidak lagi bermegah-megah dengan tudung yang dipakainya.

Buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun.

Bab 1: Gila-gila Tudung Bermanik

Bab 2: Anak Itik Terlolong-lolong

Bab 3: Tupai Melompat, Petir Menyambar

Bab 4: Mutiara Laut Kaspian

Bab 5: Gadis Pengisar Tepung

Bab 6: Tengku Wani

Bab 7: Pesta Hari Jadi yang Malang