Artikel

Aminah: Cinta Puteri Quraisy Bongkar Kisah Cinta Aminah

oleh Roziyah pada 05 Oct 2010

Aminah binti Wahab yang juga bonda junjungan Nabi Muhammad merupakan wanita Quraisy yang terbaik daripada segi keturunan dan kedudukannya sehingga digelarkan sebagai puteri kaum Quraisy.

Novel Srikandi Islam kedua tulisan Tuan Zahiruddin Zabidi ini menghuraikan kisah cinta dan cabaran yang dihadapi oleh bonda junjungan Nabi Muhammad yang jarang diketahui umum.

“Saya lebih melihat sisi kisah cinta dan bagaimana Aminah menghadapi cabaran yang melanda dirinya. Saya berharap pembaca dapat mengambil hikmah dan makna disebalik kisah cinta serta ketabahan hati Aminag agar kita sedar semuanya atas kehendak Allah,” jelas Tuan Zahiruddin Zabidi.

Pembaca juga dapat melihat kisah cinta dan ujian yang dihadapi oleh bonda dan ayahanda Rasulullah di awal perkahwinan mereka melalui karya terbaru tulisan Zahiruddin Zabidi ini.

Buku yang menemui pembaca pada hujung bulan ini memberi peluang pembaca melihat kisah hidup Aminah dari sisi yang berbeza dan mampu menyentuh hati pembaca.

Tuan Zahiruddin Zabidi kini aktif menghasilkan siri Novel Srikandi Islam yang memberi pendedahan mengenai kisah-kisah hebat Srikandi Islam.

Kini, Tuan Zahiruddin aktif menghasilkan buku Srikandi Islam yang seterusnya iaitu kisah Fatimah Zainab al-Ghazali al-Jubaili. Lebih menarik apabila beliau kini turut menghasilkan novel bersama PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024