Artikel

Cabaran Ketika Menulis Lahirkan Kepuasan Berganda

oleh Roziyah pada 05 Oct 2010

Cabaran semasa menghasilkan tulisan pertama berbaloi apabila melihat karya terbit dan diedarkan di pasaran.

Tuan Mohd Aliff Mohd Nor yang menghasilkan 31 koleksi kisah teladan: Perisik Kota Saba berkata, walaupun beliau menghasilkan buku kanak-kanak, namun beliau sering melakukan kajian yang mendalam agar segala yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca.

Beliau yang menghasilkan buku ini ketika masih dalam pengajian lagi mahu menghasilkan sesuatu yang berbeza. Lantas dengan usaha dan tekad, beliau membuat kajian agar dapat menghasilkan kelainan kepada pembaca.

Buku 31 Koleksi kisah teladan yang diterbitkan PTS Islamika Sdn. Bhd memberi kelainan apabila menghidangkan kisah yang jarang didengari sebelum ini.

Beliau juga kini aktif menghasilkan beberapa buah buku bersama PTS. Antara buku terkini yang bakal diterbitkan bersama PTS adalah buku mengenai kerja sambilan.

Melalui buku ini, persepsi masyarakat mengenai kerja sambilan diubah. Beliau menghidangkan jenis-jenis kerja sambilan yang boleh dilakukan oleh pelajar atau mereka yang ingin mencari wang tambahan.

"Selama ini kebanyakan orang ingat kerja separuh masa ini hanya sebagai pelayan di restoran, atau bekerja di pasaraya sahaja. Namun mereka yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar ini tidak sedar banyak lagi peluang kerja sambilan yang mampu menjana pendapatan lumayan kepada mereka," jelas Tuan Aliff lagi.

Beliau yang semakin bersemangat menghasilkan karya bersama PTS kini merancang menghasilkan lebih banyak buku dalam pelbagai bidang kajian.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025