Artikel

Nabi Muhammad Bersendirian dan Beribadah di Gua Hira’

oleh [email protected] pada 15 Feb 2010



Muhammad bin Abdullah sering bersendirian dan mengasingkan diri untuk beribadah di Gua Hira'. Setiap tahun Muhammad mengkhususkan ke sana terutama pada bulan Ramadhan. Muhammad pulang ke rumah sekali sekala bagi mengambil makanan, menziarahi keluarga dan sebagainya.

Suatu hari pada bulan Ramadhan semasa Muhammad menuju ke Gua Hira', ada suara memberi salam. “Assalamualaikum, wahai pesuruh Allah.” Apabila beliau menoleh ke belakang tidak ada suara orang di situ.

Kemudian apabila Muhammad sudah biasa dengan Jibril, beliau bertanya kepadanya. “Suara siapa yang memanggilnya ketika dia ke Gua Hira' suatu ketika dulu.” Jibril berkata. “Itu adalah suara batu-batu dan pokok-pokok yang memberi salam kepada kamu wahai pesuruh Allah.”

Sebeleum menjadi nabi, beliau sering menerima mimpi yang benar. Apa yang berlaku dalam mimpinya adalah tanda kenabian Muhammad. Oleh itu, Muhammad menyatakan. “Mimpi yang benar itu adalah satu bahagian daripada 36 bahagian kenabian.”

Lokasi Muhammad menyendiri di Gua Hira' hanya dapat memuatkan satu ataupun dua orang dan ia berada di puncak bukit. Gua Hira' mempunyai dua pintu masuk, satu pintu masuk dan satu lagi menampakkan Kaabah, rumah Allah. Tahun terakhir sebelum Muhammad dilantik sebagai rasul, beliau bersendirian selama sebulan di siu selama sebulan Ramadhan.

Sedutan kisah fasa dakwah pada zamaan Mekah ini berlaku sekitar tahun 611 M hingga 615 m. Sepanjang jangka masa itu pelbagai cabaaran dihadapi Muhammad dan ummatnya. Ikuti peribadi Muhammad bin Abdullah melalui buku Biografi Muhammad. Kenali buku-buku berkaitan Muhammad pada link, http://www.pts.com.my/maulud.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024