Artikel

Tuhan Memelihara Muhammad bin Abdullah

oleh [email protected] pada 14 Feb 2010



Semasa Muhammad menggembala kambing di luar Mekah, beliau terdengar suara majlis kenduri-kendara. Muhammad lantas memohon tolong kawannya supaya menjaga kambingnya. Kerana beliau ingin menghadiri majlis itu. Pada malam itu, Muhammad ke sana. Apabila sampai ke majlis itu. Beliau berasa mengantuk dan tertidur dalam majlis itu.

Muhammad berkata. “Aku hanya sedar pada esok hari apabila matahari panas mengenaiku.” Esoknya ada kenduri lagi. Muhammad pergi lagi dan keadaan yang sama berlaku.

Begitulah Tuhan memelihara nabinya. Tuhan memelihara Muhammad bin Abdullah daripada menyembah berhala dan angkara masyarakat Yahudi. Bahkan Muhammad juga tercegah daripada meraikan kebiasaan-kebiasaan masyarakat Quraisy seperti menyertai majlis tarian dan nyanyian.

Muhammad sedari kecil tidak pernah bercakap bohong. Oleh itu, Muhammad terkenal dengan panggilan al-Amin iaitu jujur dan benar.

Semasa remaja, Muhammad bin Abdullah pernah menyertai keluarga dan kaumnya mempertahankan Mekah. Suku Hawazin pernah menyerang Mekah. Muhammad membantu bapa-bapa saudaranya menyiapkan panah. Daripada itu, Muhammad belajar strategi peperangan secara amali.

Kenali Rasulullah melalui sembilan buku terbitan PTS bagi menambah ilmu meraikan sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah ini. Layari www.pts.com.my/maulud bagi mencari senarai buku pilihan terbaik.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024