Artikel

Muhammad Dilantik Menjadi Rasul

oleh [email protected] pada 16 Feb 2010

Pada 27 Ramadhan, ketika Muhammad bin Abdullah sedang beribadah di Gua Hira', muncul lelaki berpakaian putih menceritakan peristiwa itu.

Muhammad berkata. “Aku menjadi takut apabila lelaki itu muncul secara tiba-tiba. Dia berjalan ke arah ku dan menyuruh ku membaca Iqra' (Baca). Aku menjawab dalam ketakutan, 'Aku tidak tahu membaca'. Ketika itu lelaki itu memelukku dengan pelukan yang kuat, hampir-hampir nyawaku keluar dari jasad. Ketika itu hilang rasa takut ku. Lelaki itu menyuruh lagi, Iqra'. Aku menjawab, 'Aku tidak boleh membaca.' Dipelukku lagi seperti pelukan yang pertama.

Peristiwa itu berulang sebanyak tiga kali dan ia sebab penurunan surah al-'Alaq ayat 1 hingga 5. Inilah ayat pertama yang turun dari langit. Diturunkan pada malam Lailatul Qadar, bulan Ramadhan.

Muhammad berkata. “Selepas aku membaca ayat ini lelaki tadi pun hilang.” Muhammad berasa takut akan keadaan itu. Pada masa yang sama, Siti Khadijah berada di rumah. Beliau berasa ada sesuatu berlaku pada diri suaminya. Siti Khadijah menghantar pekerjanya ke Gua Hira`. Pada masa yang sama Muhammad sedang berlari menuju ke Mekah. Apabila pekerja tiba di Gua, Muhammad tiada di situ.

Tiba-tiba semasa Muhammad berlari, datang suara dari langit memanggil, “Wahai Muhammad.”

Jibril mmenyeru, “Wahai Muhammad engkau pesuruh Allah, akulah  Jibril.”

Peristiwa bersejarah yang menggubah dunia itu adalah peristiwa Muhammad bin Abdullah dilantik menjadi Rasul. Kisah lengkap berkenaan fizikal Jibril yang menurunkan wahyu, situasi Muhammad yang ditenangkan Khadijah, bantuan daripada saudara Siti Khadijah, Waraqah bin Naufal, dan menerima wahyu yang seterusnya.

Melalui buku Biografi Muhammad muka surat 40 pembaca boleh membaca lanjut dan memahami maksud pelantikan Muhammad bin Abdullah menjadi Rasul. Selain itu, bagi mencari sisi peribadi Muhammad yang lain, boleh baca buku-buku lain pada link, http://www.pts.com.my/maulud.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024