Artikel

Puteri-Puteri PTS Beraksi di Festival Buku Kanak-Kanak 2011

oleh Roziyah pada 19 Oct 2011

Temui Puteri-Puteri PTS di Festival Buku Kanak-Kanak yang diadakan penghujung Oktober ini.

Antara puteri yang hadir termasuklah penulis Pengembaraan Empat Puteri iaitu Izzah Huzaira, Umi Danial, Waida Yusof dan Leen Shazmi. Selain itu, PTS One juga membawakan punulis buku Kisah Si Puteri iaitu Natasya Effyzal, Adha Ameera, Aizam Aiman, Iman Qaisara dan Haryani Kamilan.

Pelbagai aktiviti menarik termasuklah pertandingan kostum puteri tercantik, sei bercerita dari flash card (buku puteri), Eksperimen Tim Best dan Jigsaw Puzzle.

Temui puteri-puteri PTS di Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur pada 29 Oktober ini jam 10 pagi. Meriahkan Festival Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2011 ini di Perpustakaan Negara Kuala Lumpur bermula 27 Oktober ini hingga 2 November 2011.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024