Artikel

PTS Islamika Tampil dengan Siri Mudahnya Islam

oleh Roziyah pada 20 Oct 2011

PTS Islamika Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku Islam sentiasa  menghasilkan buku-buku Islami terbaik bagi memberi pemahaman lebih mendalam mengenai Islam dengan gaya yang lebih mudah dan ringkas.

Terbaru, PTS Islamika membawakan Siri Mudahnya Islam bagi memberi pemahaman dengan gaya yang ringkas dan mudah kepada semua peringkat pembaca.

Siri Mudahnya Islam ini diterbitkan dengan harga yang rendah dan mampu dimiliki oleh semua peringkat pembaca. Dengan harga serendah RM5, pembaca mampu memiliki buku yang menerangkan mengenai keindahan dan mudahnya Islam itu sendiri.

Sebagai permulaan, PTS Islamika membawakan buku yang bertajuk Mudahnya Berkahwin dalam Islam bagi memberi pemahaman dan penjelasan kepada umum mengenai tatacara perkahwinan yang mudah dalam Islam. Buku ini menerangkan secara lanjut mengenai hukum berkahwin, pemilihan calon isteri dan suami, mahar, walimatul urus, tangungjawab suami dan isteri serta banyak lagi.

Selepas ini, PTS Islamika akan membawa lebih banyak lagi buku mudahnya Islam di bawah siri ini antaranya seperti mudahnya umrah, mudahnya solat dan banyak lagi.

Tuan dan puan yang berminat menghasilkan buku di bawah Siri Mudahnya Islam ini juga boleh terus menghubungi editornya Tuan Amirol Ibrahim melalui email beliau, [email protected] atau terus menghubungi beliau di talian 0166618024.

Sertai Ekspo Buku Islam yang akan diadakan di Stesen KL Sentral bermula pada 26 Oktober sehingga 1 November 2011 bagi mendapatkan pelbagai buku agama yang terbaik dari PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024