Artikel

Temui Ain Maisarah di Festival Buku Kanak-Kanak 2011

oleh Roziyah pada 19 Oct 2011

Festival Buku Kanak-Kanak 2011 menampilkan penulis buku remaja kesayangan ramai, Puan Ain Maisarah bagi bertemu dengan peminatnya.

Melalui pertemuan itu, pengunjung yang hadir ke Festival Buku Kanak-Kanak berpeluang berkenalan dan berkongsi pengalaman dengan penulis yang dikenali ramai ini. Selain itu, Ain Maisarah juga hadir bagi memberikan motivasi kepada mereka yang berminat untuk menjadi penulis.

Temui Ain Maisarah di Dewan Melor, Perpustakaan Kuala Lumpur pada 30 Oktober ini.

Jangan ketinggalan meriahkan Festival Buku Kanak-Kanak 2011 dengan pelbagai buku menarik yang ditawarkan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024