Artikel

Resipi Sarapan Pagi dan Minum Petang Chef Hussin Kini Di Pasaran

oleh Roziyah pada 24 Jan 2011

Buku resipi sihat dan mudah tulisan Chef Hussin kini menanti anda di kedai-kedai buku berhampiran.

Buku yang memaparkan koleksi resipi Sarapan Pagi dan Minum Petang ini memberi panduan kepada tuan dan puan bagi menghasilkan masakan istimewa, mudah dan menyihatkan buat seisi keluarga.

Menariknya, buku ini juga memberi maklumat kepada pembaca berkait pemakanan sihat dan kepentingan sarapan khas daripada pakar pemakanan.

45 Resipi Sihat dan Mudah: Sarapan Pagi dan Minum Petang ini unit dan berkhasiat kerana setiap resipi yang dipersembahkan mengandungi kiraan kalori dan kandungan nutrisi yang membantu merancang pemakanan yang sihat.

Buku ini memberi panduan kepada tuan dan puan cara menyediakan bahan dan memasak yang tidak lebih daripada 30 minit dengan menggunakan bahan sedia ada di dapur tuan dan puan.

Chef Hussin Khan adalah pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang. Cintanya dalam dunia masakan mendorong beliau melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana dalam bidang Sains Makanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Finalis program realiti masakan ‘Maggi Mencari Bintang’ di TV3 ini pernah menerima pingat dalam beberapa siri pertandingan masakan dalam dan luar negara. Terbaru, beliau memenangi pingat emas dalam pertandingan Inovasi di Brussel, Belgium.
Dapatkan buku masakan menarik ini di pasaran atau terus membeli menerusi bookcafe online dengan lebih mudah dan pantas.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024