Artikel

Temui Bookcafe di Karnival Pulon Sakan, Lumut

oleh Roziyah pada 21 Jan 2011

Bookcafe PTS buat pertama kalinya membawakan pelbagai jenis buku terbitan PTS terus ke kawasan tuan puan dengan mengadakan pameran dan jualan di Lumut, Perak.

Program ‘Pulon Sakan’ anjuran Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berlangsung selama lima hari ini memberi peluang kepada penduduk sekitar Lumut bagi mendapatkan buku-buku terbaik khas daripada PTS.

Lebih menarik, PTS juga membawakan kemeriahan sambutan Maulidur Rasul dalam program itu.

Program ‘Pulon Sakan’ ini diadakan di perkarangan Mutiara Armada, Lumut Perak dan berlangsung selama lima hari bermula dari 24 Januari hingga 28 Januari 2011.

Dapatkan buku-buku menarik terbitan PTS melalui pameran yang mampu menambah keterujaan tuan dan puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024