Artikel

Syaaban : Persiapan Menanti Ramadan

oleh Roziyah pada 06 Jul 2011

Artikel dipetik daripada buku Senangnya Puasa Bagi Orang Sibuk oleh Gus Ariffin

 

Dalam kitab Al-Targhib wal-Tarhib, Imam Mundziri menyampaikan hadis-hadis yang menunjukkan bulan Syaaban adalah bulan yang agung dan dicintai oleh Rasulullah. Berikut adalah hadis-hadis mengenai kelebihan bulan Syaaban.

1. Allah mengumumkan pengampunan-Nya pada bulan Syaaban. Mu’az bin Jabal melaporkan Rasulullah berkata,

      “Pada malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban), Allah mengumumkan kepada sekalian manusia bahawa Dia akan mengampunkan orang yang mahu meminta keampunan-Nya, kecuali kepada orang yang menyekutukan Dia, juga orang yang suka mengadu domba (menciptakan api permusuhan) sesama saudara muslim.” (Hadis direkodkan al-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Aisyah menceritakan, Rasulullah berkata,

“Malaikat Jibrail datang kepadaku seraya berkata, ‘Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini juga Allah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada neraka. Namun Allah membiarkan enam golongan manusia tetap di dalam neraka sebab mereka melakukan dosa-dosa besar iaitu:

(Hadza Isnadu Da’ifub Waruwiya Min Wajhi Akharin, Waruwuya al-Baihaqi)

 

2. Nabi Muhammad suka berpuasa pada bulan Syaaban

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain:

Aisyah berkata, “Rasulullah berpuasa sehingga beliau mengatakan jangan berbuka dan berpuasa (maksudnya secara berselang-seli)”. Aisyah juga berkata, “Saya tidak meihat Rasulullah berpuasa cukup sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Saya tidak melihat hari paling banyak Rasulullah berpuasa kecuali pada bulan Syaaban.”

Merangkaikannya dengan bulan Ramadan

Muawiyah melaporkan, Abdillah bin Qais mendengar Aisyah berkata, “Antara bulan-bulan yang sangat dicintai Nabi Muhammad bagi menjalani puasa adalah bulan Syaaban, lalu menyambungkannya dengan bulan Ramadan. (Hadis dalam rekod Musnad Ahmad)

 

3. Amal perbuatan manusia disampaikan ke hadrat Allah

Usamah bin Zaid berkata,

“Wahai Rasulullah, kenapa saya lihat kamu lebih bersemangat berpuasa pada bulan Syaaban ini dibandingkan dengan bulan-bulan yang lainnya?” Nabi Muhammad menjawab, “Sebab Syaaban adalah bulan agung, yang banyak dilupakan, padahal pada bulan inilah amal perbuatan manusia dinaiikan (dilaporkan) ke hadrat Allah. Sebab itu, saya mahu pada saat amalan-amalan itu diangkat (dibawakan) kepada Allah, saya dalam keadaan berpuasa.” (Hadis bertaraf hasan ini direkodkan oleh An-Nasai)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024