Artikel

Buku PTS Masuk Carrefour Mid Vally, Wangsa Maju

oleh Roziyah pada 06 Jul 2011

Semakin hari, buku PTS semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat buku tempatan. Buku PTS mendapat perhatian pelbagai golongan dan peringkat umur pembaca.

PTS melalui PTS Edar mengambil langkah melebarkan rangkaian jualannya di pasaraya terkemuka, Carrefour. Pelbagai jenis buku yang sesuai dengan pembaca kini boleh dimiliki di carefour.

Terbaru, buku-buku terbitan PTS kini mula dijual di rangkaian Carrefour Mid Valley dan Wangsa Maju.

Kini peminat buku-buku terbitan PTS lebih mudah mendapatkan buku-buku menarik dan terkini dari PTS hanya dengan mengunjungi deparment store and stationary Carrefor.

Seterusnya, PTS juga akan meletakkan buku-buku terbitannya di Carrefour Sri Petaling dan Carrefour Alamanda, Putrajaya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024