Artikel

Watak Young Aisyah Muncul Versi Komik

oleh Roziyah pada 07 Jul 2011

Berita baik kepada peminat-peminat buku Young Aisyah. Penghujung tahun ini, Komik-M akan membawakan watak Young Aisyah dalam versi komik.

Pelukisnya, Tuan Reja menjelaskan yang idea membawa watak Young Aisyah dalam versi komik kerana permintaan yang tinggi terhadap buku Young Aisyah hasil karya beliau bersama Puan Saridah Hamid.

“Penghasilan komik Young Aisyah ini adalah hadiah kepada peminat setia yang sentiasa mengikuti siri Young Aisyah,” jelas Tuan Reja.

Sebagai maklumat, Young Aisyah merupakan novel kanak-kanak terbitan PTS Islamika yang mendapat perhatian ramai. Young Aisyah yang kini sudah masuk 10 siri juga sudah dilesenkan di Indonesia dan mendapat perhatian peminat novel kanak-kanak di Indonesia.

Tuan Reja yang kini muncul dengan banyak karya bersama PTS juga merancang bagi menghasilkan Komik Dunia Kartun sepenuhnya hasil karya beliau sendiri.

Nantikan kehadiran komik Young Aisyah terbitan Komik-M yang ceria dan menghiburkan di pasaran penghujung tahun ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024