"Wahai manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada lelaki dan wanita dan kami jadikan berbangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertakwa."
Hubungan sosial masyarakat Islam mendedahkan sistem hubungan interaksi, bersepadu, tolong-menolong dan bergotong-royong yang membangun dalam seluruh faktor kehidupan.
Kenali ekologi perkembangan manusia bermula daripada kelahiran sehingga individu itu mampu menyumbang kepada masyarakat sekelilingnya.
Fahami lapisan masyarakat yang berbeza daripada segi kaum, kelas masyarakat, jantina dan institusi seperti keluarga, persatuan dan organisasi sosial. Ia ibarat anggota tubuh yang seimbang daripada sudut kemampuan, peranan dan keperluan.
Memahami prinsip hubungan sosial masyarakat Islam bermaksud seseorang dapat mengadaptasi dirinya ke dalam masyarakat serta mewujudkan pembangunan masyarakat yang simbang.
'Apa Kata Islam Mengenai Hubungan Sosial' membincangkan amalan-amalan yang menyentuh aspek perundangan Islam dalam hubungan masyarakat. Buku ini memfokuskan aspek kemanusiaan bermula dari kelahiran manusia, hubungan sesama manusia dan tanggungjawab jihad dan dakwah sebagai pembuka tirai dalam memahami hubungan sosial menurut perspektif Islam. Menghimpunkan kumpulan kata-kata Allah dan Nabi Muhammad mengenai hubungan sosial antara manusia. Dilengkapkan dengan huraian yang mudah, ringkas dan padat.
BAHAGIAN 1: Kelahiran Manusia
Amalan Bisyarah ketika Melahirkan Anak (Wiladah) Azan di Telinga Bayi Mencukur Kepala Bayi Melakukan Belah Mulut (Tahnik) Bersunat (Khatan) Kenduri Bersempena dengan Majlis Khatan Memberikan Nama (Tasmiyah) Orang Yang Berhak Memberikan Nama Memilih Nama Yang Baik Nama Yang Diharamkan Nama Yang Dimakruhkan Menukar Nama Akikah Kerugian kerana Tidak Melakukan Akikah Bilangan Kambing Bagi Sesuatu Akikah Sifat-Sifat Binatang Akikah Binatang Yang Diakikahkan Status Agama Kanak-Kanak Mengikut Agama Ibu Bapa Agama Kanak-Kanak Mengikut Status Negara Penjagaan Anak (Hadanah)
BAHAGIAN 2: Hubungan Sosial antara Manusia
Hukum Mengintai dan Mencuri Pandang ke Rumah Orang Lain Hukum Meminta Izin (Isti’zan) Cara Isti’zan Memperkenalkan Diri ketika Isti’zan Hukum Mengetuk atau Membunyikan Loceng ketika Isti’zan Kedudukan Tetamu ketika Isti’zan Hukum Perempuan Menyambut Tetamu Isti’zan bagi Orang Yang Dijemput Isti’zan antara Suami Isteri dan Ahli Keluarga Yang Lain Isti’zan Masuk ke Rumah Yang Tidak Didiami Hukum Memberi Salam Hukum Memberi Penghormatan Selain Salam Hukum Memberi Isyarat Tangan sebagai Tanda Salam Adab Memberi Salam Memberi Salam kepada Bukan Islam Salam ketika Mahu Beredar Hukum Mengirim Salam Memberi Salam antara Lelaki dan Perempuan Menggunakan Bekas Emas dan Perak ketika Makan Hukum Menyimpan Bekas Emas atau Perak Menggunakan Emas atau Perak bagi Mengikat Bekas Yang Pecah Menggunakan Bekas Selain daripada Emas dan Perak Jiran dalam Islam Kewajipan Berbuat Baik kepada Jiran Menyakiti Hati Jiran Mengganggu Hak Jiran Berbuat Kebajikan Kepada Jiran Jemputan Perkahwinan Hukum Memandang dan Menyentuh antara Suami Isteri Melihat Kemaluan antara Suami Isteri Hukum Memandang di Kalangan Mahram Hukum Menyentuh di Kalangan Mahram
BAHAGIAN 3: Tanggungjawab Jihad dan Dakwah
Kepentingan Jihad dan Peringkatnya Kepentingan Ikhlas dalam Jihad Orang Islam Sentiasa Menghadapi Musuh Hijrah dan Hukumnya Kedudukan dan Hak Orang Islam di Sisi Perundangan Islam Hukum Menerima Undang-Undang Islam Tugas Masyarakat dalam Pelaksanaan Syariah Kedudukan Orang Bukan Islam dalam Masyarakat Islam Bentuk Perdamaian dengan Orang Bukan Islam Hak-hak Orang Bukan Islam Berdamai dengan Orang Islam Objektif Penerimaan Orang Bukan Islam sebagai immi atau Musta’min Kewajipan Orang Bukan Islam Menerima Pelaksanaan Syariah