Harga: RM 25.50 / RM 28.50
ISBN-13: 978-967-5783-79-1
Tarikh Terbit: 5 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 727
Kategori:
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
TIADA
Novel yang menceritakan perjalanan hidup Sofiy ar-Rahman yang merupakan abang kepada Fatimah az-Zahra yang membesar sebagai anak yatim piatu. Selepas kehilangan ibu bapa semasa kecil, Rahman membesar dengan agresif dan baran kerana mahu menjadi pelindung kepada adiknya Fatimah. Sikap samseng Rahman menjadikan pelajar dan guru di sekolah mengenalinya sebagai budak baran.
Selepas dia memasuki sekolah menengah, Rahman mula berubah sikap apabila dia jatuh hati pada seorang gadis bernama Rasima. Malangnya, kawan baik Rahman iaitu Safuan cemburu dan membuat fitnah padanya. Akibat fitnah itu, Rahman tersedar bahawa perjalanan hidupnya masih panjang dan dia mempunyai tanggungjawab terhadap adiknya Fatimah.
Di Kaherah, dia berkenalan dengan seorang dato' yang mempunyai pertalian dengan sejarah hidupnya. Secara tidak langsung dia diperkenalkan kepada anak dato' tersebut iaitu Uswatu 'Ulya yang belajar di Korea Selatan. Selepas pulang ke Malaysia, Rahman bertemu semula dengan watak-watak silam iaitu Rasima dan terhimpit dalam beberapa insiden. Konflik semakin sukar apabila beberapa watak lain muncul dalam hidup Rahman. Bagaimana Rahman mengambil pendekatannya yang dahulunya agresif dalam mendepani semua situasi ini?
A. Ubaidillah Alias adalah anak kelahiran negeri Serambi Mekah. Beliau menamatkan hafazan 30 juzuk di Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong. Seterusnya berjaya mendapat ijazah (Hons) dalam jurusan Usuluddin, Universiti Al-Azhar Kaherah. Kini bertugas di Maahad Tahfiz Sains, Tumpat Kelantan sebagai guru Al-Quran dan Akademik. Cerpen beliau pernah tersiar di akhbar dan majalah perdana. Novel grafik pertama beliau yang bertajuk Sekudus Nur Ilahi diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn. Bhd.. Buku Warkah Cinta Berbau Syurga adalah buku kedua beliau.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet