Katalog

Guru Sebagai Fasilitator

Format: Paperback
ISBN-13:
ISBN-10: 983-3376-12-6
Tarikh Terbit: 10 May 2005
Jumlah Muka Surat : 286

Kategori: Bantu Diri, Motivasi & Inspirasi, Pendidikan, Kaunseling, Pendidikan Umum

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

  • Beli di kedai buku atau kedai hyper rangkaian terpilih

    RM 27.00

    Harga Sabah/Sarawak:
    RM 30.00

  • Beli online

    Penghantaran percuma untuk belian RM 100 ke atas jika anda beli di Bookcafe

Buku panduan untuk jurulatih, fasilitator, mentor dan guru meningkatkan kualiti pengajaran dan kemahiran dalam proses memudah cara di dalam kelas. Turut dipaparkan 60 modul terpilih bagi membantu fasilitator menjalankan aktiviti latihan dalam Kumpulan (LDK).

Sekapur Sirih
Seulas Pinang
Pengenalan
Bahagian 1: Fasilitator dan Proses Memudah Cara
Bab 1 Proses Memudah Cara
Bab 2 Hakikat Mendidik
Bab 3 Kumpulan dan Kelompok
Bab 4 Prinsip dan merancang Program
Bab 5 Kemahiran Fasilitator
Bab 6 Mengekalkan Dinamika Kumpulan
Bab 7 Refleksi
Bab 8 Apa Sudah Jadi?
Bab 9 Ko-fasilitator
Bab 10 Tindakan Masa Depan
Bahagian 2:Modul Aktiviti
Aktiviti 1 Salam Mesra
Aktiviti 2 Mencari Keluarga
Aktiviti 3 Rantaian Mesra
Aktiviti 4 Garis Matlamat
Aktiviti 5 Cap Jari
Aktiviti 6 Garis Kehidupan
Aktiviti 7 Orang Lidi
Aktiviti 8 Lambang Diri
Aktiviti 9 Pokok Keluarga
Aktiviti 10 Piramid Bahagia
Aktiviti 11 Kotak Ajaib
Aktiviti 12 Bumi Tercinta
Aktiviti 13 Potretku
Aktiviti 14 Sayang Si Buta
Aktiviti 15 Nasib Si Buta
Aktiviti 16 Si Buta Sayang
Aktiviti 17 Tetamu Buta
Aktiviti 18 Identiti Kumpulan
Aktiviti 19 Komunikasi Sehala dan Dua Hala
Aktiviti 20 Harta Pusaka
Aktiviti 21 Impian Azam dan Cita-citaku
Aktiviti 22 Cita-citaku dan Potensi Diri
Aktiviti 23 Berhijrah
Aktiviti 24 Tengkolok Saya
Aktiviti 25 Kotak Misteri
Aktiviti 26 Cantuman Bermakna
Aktiviti 27 Idolaku
Aktiviti 28 Mengapa Kita di Sini?
Aktiviti 29 Aku dan Pasukanku
Aktiviti 30 Gaya Saya
Aktiviti 31 Banyak Udang Banyak Garam
Aktiviti 32 Hasil Kreatif
Aktiviti 33 Tiru Macam Saya
Aktiviti 34 Ekspresi Diriku
Aktiviti 35 Strategi Pengurusan Konflik
Aktiviti 36 Gaya Belajar Anda
Aktiviti 37 Analisis Tahap Stres
Aktiviti 38 Mengapa Tidak Cukup Masa?
Aktiviti 39 Latihan Bertenang
Aktiviti 40 Ajaibnya Kata Maaf
Aktiviti 41 Jati Diri
Aktiviti 42 Ciri-ciri Orang Cemerlang
Aktiviti 43 Audit Diri
Aktiviti 44 Insan Berbeza
Aktiviti 45 Konsep Kendiri
Aktiviti 46 Berhibur Sambil Beribadah
Aktiviti 47 Beriadah Sambil Beribadah
Aktiviti 48 Urus Masa
Aktiviti 49 Berani Kerana Benar
Aktiviti 50 Tabiat Orang Cemerlang
Aktiviti 51 Akrab Persahabatan
Aktiviti 52 Pandu Arah
Aktiviti 53 Hargai Diriku
Aktiviti 54 Analogi
Aktiviti 55 Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Aktiviti 56 Siapa Aku?
Aktiviti 57 Wawasan Diri
Aktiviti 58 Impianku
Aktiviti 59 Inspirasiku
Aktiviti 60 Pelayaran Pak Tua
Rujukan

Modul ini menjadi panduan kepada guru-guru khususnya guru bimbingan dan kaunseling serta sukarelawan yang terlibat dengan program khidmat masyarakat. Modul ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi konsep yang terdiri daripada 10 bab dan bahagian kedua mengandungi 60 aktiviti LDK. Modul disusun secara fleksibel yang boleh diubahsuai bagi memenuhi objektif program.

Susunan aktiviti dalam kumpulan memberi peluang para pendidik mengaplikasikan proses pembelajaran kontekstual secara koperatif dan kolaboratif di kalangan pelajar. Aktiviti seperti simulasi, main peranan dan permainan sebagai penggerak kepada proses pembelajaran bermakna.

Susunan modul ini cuba dipaparkan secara bersahaja dan memberi konsep, prinsip dan peranan fasilitator dalam bahagian awal Guru Sebagai Fasilitator. Modul ini perlu dimiliki oleh semua guru dan fasilitator. Semoga ia memberi panduan bagi melestarikan motivasi serta meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme dalam menangani kerenah pelajar.

Modul ini dapat memberi idea, inspirasi, semangat dan keyakinan diri kepada guru dan fasilitator mengendalikan aktiviti bimbingan. Penulis memberikan kerangka konsep dalam usaha mengaitkan teori dengan situasi praktikal yang bersifat kontekstual. Ada masanya penulis cuba menggunakan analogi secara simbolik bagi menjentik minda dan mencuit akal dan budi pembaca. Antara konsep bimbingan yang sesuai dan saling berkait dengan peranan fasilitator sebagai pendidik, kaunselor dan mentor adalah: - Memupuk dan menerapkan nilai - Kemahiran pengurusan diri dan pembelajaran - Penjana minda bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif

Modul ini dapat memantapkan kebolehan diri guru dan fasilitator sebagai pendidik yang mampu melestarikan motivasi sendiri dan orang lain. Guru Sebagai Fasilitator perlu dimiliki dan dijadikan panduan kepada pengurus, pentadbir dan pelaksana pendidikan yang inginkan budaya permuafakatan di kalangan pendidik.

Karya Lain Penulis Ini

Buku berkaitan yang anda mungkin berminat