Buku →

Kraf Bunga daripada Beg Plastik

oleh latifa husna

Versi Cetak

RM 13.00

Sabah/Sarawak: RM 15.00
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0142-73-9
Tarikh Terbit: 23 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 80

Versi Ebook

Belum Terbit

Sinopsis

Kraf Bunga daripada Beg Plastik

 

Latifa Husna Md Lajis meminati bidang gubahan bunga sejak menuntut di universiti lagi dan menyertai pertandingan gubahan bunga yang dianjurkan oleh badan siswi sempena Hari Siswi. Bermula dari situ, beliau mendapat idea bagi mencipta gubahan bunga daripada bahan-bahan terbuang.

 

Anak kelahiran Melaka ini tertarik dengan beg plastik kerana keceriaan warnanya di samping teksturnya yang lembut dan memikat.

 

Ibu kepada seorang cahaya mata ini banyak belajar menggubah melalui pemerhatian dan kajian bagi menghasilkan gubahan yang ada nilai kesenian khususnya dari segi konsep, komposisi warna, gaya dan persembahan meskipun material yang digunakan adalah bahan-bahan terbuang.

 

Menjadi hasrat beliau untuk mengembangkan bidang kraf bunga ini ke persada antarabangsa. Penghasilan buku ini adalah langkah awal beliau bagi menerokai bidang ini dengan lebih jauh lagi.

 

Penulis boleh dihubungi di www.husnasflowercraft.blogspot.com

 

Pernahkah anda terfikir apa yang mahu dibuat dengan beg plastik selepas balik daripada membeli belah? Pernahkah anda terfikir mahu menghias rumah dengan kos yang murah? Buku ini ada jawapannya. Hanya pelajari langkah demi langkah mudah, anda mampu memiliki sejambak ataupun lebih bunga daripada beg plastik.

Buku Berkaitan

Komen & Ulasan