Adakah anda ingin memupuk jiwa keusahawanan dalam diri anak anda?
Setiap ibu bapa mengimpikan masa depan yang bahagia dan berjaya untuk anak-anak mereka. Namun, cabarannya ialah tidak semua ibu bapa mengetahui cara terbaik untuk mempersiapkan anak-anak menghadapi dunia yang berubah dengan begitu pantas.
Dahulu, laluan hidup kelihatan lebih mudah. Pergi ke sekolah, lulus peperiksaan, dapatkan pekerjaan yang baik dan hidup akan berjalan lancar. Namun hari ini, realitinya sudah berubah. Dunia kerjaya tidak lagi sama. Besar kemungkinan, anak-anak kita bukan sekadar perlu mencari pekerjaan, bahkan perlu mencipta peluang pekerjaan mereka sendiri.
Kini, kemahiran keusahawanan semakin penting sebagai asas kepada kesejahteraan, daya tahan dan kejayaan masa depan. Persoalannya, jika sekolah tidak mengajar kemahiran ini secara menyeluruh, siapakah yang akan membimbing mereka?
Buku ini memperkenalkan empat tonggak utama dalam mendidik anak berjiwa usahawan, iaitu minda, kemahiran, pengalaman dan bimbingan. Melalui asas ini, anak-anak dapat dibantu untuk berfikir dengan lebih terbuka, berani mencuba dan mampu bangkit walaupun berdepan cabaran.
Buku ini membantu anda untuk:
• Menanam minda positif dan sikap berdaya usaha.
• Meneroka peluang bagi membina kemahiran yang bernilai.
• Mengenal pengalaman harian yang mampu membuka cara fikir anak-anak.
• Membentuk cara berfikir baharu dalam menghadapi cabaran.
• Belajar daripada kisah inspirasi dan menjadi contoh terbaik kepada anak-anak.
How to Raise Entrepreneurial Kids sarat dengan idea segar, kisah sebenar dan langkah praktikal yang boleh diteroka secara santai bersama keluarga.
Prakata
Penjajaran Dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu