Pensel Ajaib
oleh


Versi Cetak

RM13.50

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 15.50
Format: Trade Book

ISBN-13: 978-967-5406-32-4

Tarikh Terbit: 11 May 2010

Jumlah Muka Surat: 256


Versi eBook

Belum Terbit


Mengisahkan Rostam, pelajar kelas 4 Mawar yang lemah dalam semua subjek di kelasnya. Dia sentiasa menjadi orang terakhir dalam peperiksaan. Walaupun Rostam lemah dalam semua subjek di sekolah, tetapi dia sangat cemerlang dalam mengaji Quran. Rostam dapat mengaji Quran dengan begitu lancar dan tahu melagukan bacaan Quran seperti musabaqah.

Pada suatu hari Rostam terjumpa pensel merah di dalam beg sekolahnya. Bermula hari itu Rostam mendapat cemerlang dalam semua subjek di sekolah. Zarina, pelajar pandai dan rakan sekelas Rostam yang suka mengejek Rostam mula syak wasangka apabila rakan sekelasnya itu mula menyerlah dan mendapat seratus peratus dalam pelajaran mengatasi dirinya.

Zarina mula menuduh Rostam menggunakan pensel ajaib apabila melihat Rostam menggunakan pensel merah dan berkata-kata sesuatu pada pensel itu sebelum digunakan. Yang sebenarnya, Rostam mula menanam semangat mahu mengubah dirinya. Dia mengulang kaji pelajaran bersungguh-sungguh dan dia bukannya mendapat bantuan daripada sesiapa ataupun pensel merah. Kewujudan pensel merah hanyalah kebetulan.

Bab 1: Rostam yang Lembab

Bab 2: Tempat Keempat Puluh

Bab 3: Pensel Merah

Bab 4: Pertandingan Mengaji

Bab 5: Seratus Peratus?

Bab 6: Peragut

Bab 7: Mengamuk

Bab 8: Kurang Siuman

Bab 9: Pensel Sudah Bertukar

Bab 10: Pensel Ajaib Konon

Bab 11: Rostam Lemas

Bab 12: Maafkan Kami

Bab 13: Pingat Pahlawan Hang Tuah