Penilaian pembaca (Keputusan daripada 10 orang pembaca):

Harga: RM 6.90 / RM 7.90
ISBN-13:
Tarikh Terbit: 15 Feb 2010
Jumlah Muka Surat : 112
Kategori: Komik, Ultra Qalif
Walaupun berbadan kecil, Qalif mahir seni mempertahankan diri. Dia suka membantu orang susah walaupun terpaksa membahayakan nyawa sendiri.
Namun, sikap baiknya itu bakal mengubah nasibnya. Qalif bakal menerima kuasa luar biasa. Pada masa sama, Qalif juga bakal menerima hukuman mati. Kenapakah insan baik seperti Qalif perlu dihukum mati?
Jangan bimbang... Qalif bukan orang biasa, dia adalah Ultra Qalif.

Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Salam buat Bop,nama saya Muhd Ezlan.Inilah kali pertama saya melihat komik yang berasal dari Malaysia dan kagum akan jalan ceritanya.Berunsurkan jalan cerita yang menarik,dan saya juga tertunggu-tunggu akan kemunculan Ultra Qalif bahagian 2.Harap anda dapat membalas saya .Amin.Yang baik,datang dari Allah.Semoga berja.Go.. Go.. Bop..Go..Go..Ultra Qlaif…Asalamualaikum..bye.

Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Kulit buku ini sangat menarik dan berkaitan dengan tajuk dan heronya.
Ada seorang budak yang bernama Qalif. Beliau hidup bersama Atok dan Ibunya kerana Bapa nya telah meninggal dunia. Beliau mempelajari seni silat daripada atuk nya.
Pada suatu hari, setelah tamatnya waktu persekolahannya, dia hendak pulang kerumahnya.
Dalam perjalanannya untuk pulang kerumah dia terjumpa seorang tua yang menjual barang sambil meminta sedekah dia meminta Qalif untuk membeli topeng yang di jual oleh Pak Cik itu.
Akhirnya Qalif membeli topeng tersebut.dalam perjalanannya untuk pulang ke rumah
dia mendengar suara beberapa orang sedang mengugut seorang pakcik.
Namun begitu, dia menonjolkan dirinya untuk menolong seorang pakcik. Oleh itu,
dia memakai topeng yang dibeli olehnya untuk menutup wajahnya supaya orang-orang jahat itu tidak mngecam mukanya. Apabila dia memakai topeng tersebut dia berasa bdannya berubah dan mempunyai kekuatan untuk melawan musuh.
Bahasa didalam buku ini memang bagus.

Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Melihat kulit luarnya sahaja, saya sudah dapat menjangkakan bahawa komik ini adalah komik superhero dan cerita-cerita tentang superhero sedang menjadi kegilaan anak-anak saya. Namun superhero yang selalu ditonton di televisyen adalah superhero yang tidak membawa teladan melainkan yang baik pasti akan menang.
Tetapi Ultra Qalif memberi perspektif baru bagi seorang superhero. Ultra Qalif mengajar pembaca bahawa segala kuasa yang ada pada kita adalah kurniaan dari Allah. Sewajarnya kurniaan itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya.
Ultra Qalif menceritakan kisah seorang remaja yatim berusia 16 tahun yang membesar di bawah jagaan ibu dan datuknya. Untuk mengubati Qalif yang selalu sakit, datuknya mengajarkannya ilmu persilatan supaya badannya kuat. Namun tanpa disangka-sangka, sesuatu yang besar telah berlaku di dalam hidupnya.
Ya! Qalif dianugerahkan kuasa luar biasa yang membolehkannya membantu manusia yang lain yang memerlukan pertolongannya. Komik ini membawa pembaca menelurusi permulaan kehidupan seorang superhero.
Saya tidak sabar untuk mendapatkan siri keduanya. Bagaimana agaknya Qalif akan menghadapi lawan yang mungkin lebih mencabar? Adakah Qalif akan lupa diri? Mudah-mudahan Ultra Qalif akan memberikan impak luar biasa kepada pembaca dengan memberikan kisah superhero yang lain dari yang lain!